Pendidikan khas adalah program yang dirancang
khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid berkeperluan khas.Ini
termasuklah penggunaan bahan-bahan khas,peralatan khas,peralatan khas,teknik
pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.Ia
bertujuan untuk memdidik dan membentuk murid-murid melalui:
·
Perkembangan mental
·
Kestabilan emosi
·
Integrasi sosial
Terlebih dahulu amat penting untuk kita menjelaskan
apakah maksud “murid berkeperluan khas.Terdapat beberpa perspektif yang boleh
kita pertimbangkan dalam mengelaskan murid berkeperluan khas iaitu kategori
masalah dan masalah khusus.
Menurut perspektif pertama,antara kategori masalah
termasuklah:-
v Perubatan.Misalnya penyakit serius seperti
kanser,jantung berlubang,distrofis otot, keadaan kronik seperti lelah, kencing
manis, keadaan congenital seperti palsi serebrum, ancaman kesihatan seperti
obesity dan sebagainya.
v Pembelajaran.Misalnya:disleksia,kecelaruan
pertuturan bahasa.
v Perkembangan. Misalnya: autisme, down syndrome,
kecacatan akal, perkembangan lewat.
v Tingkahlaku.Misalnya: ADHD,ADD,hiperaktif
v Kesihatan mental.Misalnya :kebimbangan yang serius,
kemurungan.
Manakala dari perspektif kedua pula,murid berkeperluan
khas boleh dikategorikan mengikut - masalah yang dialami seperti berikut:
Ø Masalah pendengaran
Ø Masalah penglihatan
Ø Masalah pembelajaran
Ø Masalah tingkahlaku
Ø Masalah pertuturan
Ø Spastik(cerebral palsy)
Ø Terencat akal
Ø Cacat anggota
Sejak kebelakangan ini,terdapat dua kategori
tambahan iaitu pintar cerdas dan berbakat dan berisiko (children at-risk).
Murid-murid berisiko tidak mempunyai kecacatan, tetapi kemungkinan besar
mengalami kesukaran belajar,bergaul dan bersosialisasi dalam bilik darjah
biasa, gagal pelajaran dan lain-lain lagi.
Amat
penting untuk kita ketahui bahawa hala tuju pendidikan untuk murid-murid
berkeperluan khas masa kini kea rah mengintegrasikan mereka dalam sekolah
aliran biasa.Golongan murid tersebut sememangnya berhak untuk belaajr
bersama-sama rakan-rakan sebaya yang normal di sekolah biasa.
PUNCA-PUNCA KECACATAN
Keturunan atau genetik
Mengikut kebiasaannya kes ini,terdapat beberapa
ahli keluarga yang megalami masalah-masalah yang sama.Oleh itu,boleh
disimpuklan bahawa ianya boleh diwarisi Cuma yang membezakan ialah darjah
keterukkannya atau keseriusannya.Terdapat kajian yang dijalankan telah
membuktikan disleksia disebabkan oleh
keromosom 15,1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun temurun.
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah
semasa dilahirkan tidak cukup bulan,kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau
kelahiran yang amat sukar.Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan
perkembangan.Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak
ini mengalami masalah belajar.
Kematangan
Terdapat
kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam system
saraf.Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak
perempuan.Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu
kemungkinan punca disleksia.
No comments:
Post a Comment