Total Pageviews

Monday 26 March 2012

PERATURAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

1. PENYERTAAN :
1.1. Penyertaan kumpulan
1.1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah 
(Tahun 1 hingga Tahun 6) dan  Sekolah  Menengah  (Tingkatan 
Peralihan hingga  Tingkatan 5)  Institusi Pendidikan Kerajaan dan 
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
1.1.2. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan nasyid 
yang mengandungi tidak kurang daripada 7 orang dan tidak lebih 
daripada 9 orang murid termasuk pemain muzik.
1.1.3. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid di sekolah yang 
sama. 
1.1.4. Anggota kumpulan yang bertanding hendaklah terdiri daripada satu  
kumpulan jantina sahaja. 
1.1.5. Sekolah yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri berkenaan 
ke peringkat kebangsaan.
1.1.6. Semua peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada 
ibubapa/penjaga.


Penyertaan Ciptaan Lagu dan Lirik Nasyid

1.2.1. Penyertaan Ciptaan lagu  dan lirik  adalah terbuka kepada semua 
warga Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih berkhidmat.
Borang Akuan (Borang FNSS/1) hendaklah disahkan oleh Ketua 
Jabatan sebagai bukti perkhidmatan.
1.2.2. Pertandingan penciptaan lagu  dan lirik  nasyid adalah penyertaan 
secara individu.
1.2.3. Pencipta lagu dan penulis lirik tidak semestinya dari orang yang 
sama.
1.2.4. Skor lagu dan lirik hendaklah dihantar bersama-sama borang 
penyertaan kumpulan.
1.2.5. Kedua-dua buah lagu yang hendak dipertandingkan mestilah 
dinyanyikan oleh kumpulan yang bertanding.
1.2.6. Setiap penyertaan lagu dan lirik akan menjadi hak milik penganjur
serta Hak Cipta Terpelihara.
1.2.7. Sumbangan akan diberikan oleh  Bahagian Pendidikan Islam, KPM 
sekiranya Lagu dan Lirik diterbitkan dalam apa jua bentuk (melalui 
sesi perbincangan)