Total Pageviews

Saturday, 8 October 2011

Cara Bermain Piano/Keyboard ( Pengetahuan Asas )

Contoh bermain piano dalam posisi yang betul. 



Posisi duduk => main piano tidak asal duduk tanpa aturan. Posisi duduk harus rilex, tegak dan tidak bongkuk

Posisi lengan => sejajar dengan tuts piano, rileks dan tidak tegang

Contoh posisi lengan yang salah => menyebabkan bentuk posisi jari menjadi tidak benar

Bentuk  jari tangan => bulat melengkung (seperti pada gambar dibawah ini)

Bentuk posisi jari tangan yang salah => main piano dengan bentuk jari yang salah mengakibatkan jari tidak leluasa menari diatas tuts dan mengganggu kualitas tone (bunyi nada) yang dihasilkan oleh tekanan jari dan juga tidak sedap dipandang mata.

Cara menekan tuts => pada saat menekan tuts dengan salah satu jari, maka jari lain (jari yg tidak menekan tuts) tidak tegang tetapi tetap pada bentuk semula.

* Contoh gambar diatas :  jari kelingking menekan tuts, maka jari lain tidak tegang / tidak terangkat keatas (tetap pada bentuk posisi semula).
Menekan tuts yang salah => Menekan tuts dengan salah satu jari sementara jari lain tegang dan terangkat ke atas.



 


                                         
Penamaan bahagian putih pada keyboard / piano


                          
Penamaan bahagian hitam keyboard / piano dalam pengertian shap ( # )



                                      
Penamaan bahagian hitam keyboard / piano dalam sebutan flat (b)

Friday, 7 October 2011

Teori & Cara Bermain REKODER


Rekoder atau seruling umum digunakan untuk pengajaran disekolah, rekoder yang sering dipakai adalah recorder sopran, disamping recorder sopran ada juga recorder sopranino dan recorder alto.
Recorder sopran mempunyai wilayah suara dari c’ (semua lubang ditutup semua ) , tetapi untuk nada tinggi hampir dapat dipastikan bunyinya disonan sekali. Recorder termasuk alat muzik melodis bukan ritmis (pengiring) dan akan dibahagi menjadi 2 kumpulan iaitu individu & kelompok.

1. Penjarian Pada Recorder

0 1 2 3 7 6 5 4



1. Tangan kiri Tangan Kanan

1. Tangan kiri memegang seruling bagian atas, tangan kanan bagian bawah
2. Kepala tegak dan bahu wajar ( tidak tegang )
3. Dada membusung dan kedua belah siku terangkat sehingga tidak menyentuh badan.
4. Sumber tiupan diletakkan diatas bibir bahagian bawah, bibir bahagian atas menyentuh sumber tiupan dengan betul & tepat.
5. Jangan memasukkan sumber tiupan terlalu dalam sehingga menyentuh gigi, dan jangan digigit.


2. Tehnik Pernafasan dan Tiupan

Pernafasan yang baik sama seperti kita menyanyi  menggunakan pernafasan diafragma, dan untuk menghasilkan tiupan yang baik ucapkan seperti kata TU, tiupan harus rata jangan terlalu kuat meniup sehingga memekakkan telinga. Biasanya nada do (c’) adalah yang paling susah dibunyikan.

3. Tuning Pada Recorder (melaras)

Recorderboleh di laras, disesuaikan dengan nadanya bila terdengar agak fals, tetapi biasanya naik turunnya nada tidak sampai ½ nada. Untuk melaras Recorder dapat dialakukan dengan menarik bahagian kepala atau ekor dari recorder dengan menyamakan bunyinya pada stem fluit, garputala atau keyboard.

LATIHAN – LATIHAN

Latihan Ritma Dalam 4/4



1.




2.




3.





4.




5.




Tangga Nada C Mayor




Latihan Individu
1.



2.



3.


4.




Latihan Berkumpulan


1.



2.









Thursday, 6 October 2011

Kisah DAN Lagu...

Ayam Den Lapeh (A Hadi)

Luruihlah jalan payakumbuah
Babelok jalan kayu jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai
Ayam den lapeh

Mendaki jalan padangsikek
Basimpang jalan ka biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai
Ayam den lapeh

Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oilah malang juo

Pagaruyuang batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai ai
Ayam den lapeh


Puteri Santubong

Puteri Santubong puteri sejenjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan

( syair )
Ooo... puteri santubong
Menenun kain... siang
Ooo... puteri sejenjang
Menumbuk padi... malam

Satu hari nya duak kelayi
Beranok-anok sik renti-renti
Sorang madah dirik bagus agik
Sorang sik ngalah sampei ke mati

Yalah kisah duak 'rang puteri
Suka kelayi setiap hari
Lalu disumpah raja kayangan
Menjadi gunung Negeri Sarawak

Ulek Mayang

Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

Kitaro Legenda Muzik Dunia

Tahukah anda, Kitaro atau nama sebenarnya Masanori Takahasni tidak pernah mendapat sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik.  Insipirasi dan cinta terhadap muzik lahir selepas terpaku dengan irama R&B dendangan Otis Redding.  Dari situlah dia terdorong untuk belajar bermain gitar sendiri.
Ketika menuntut di Toyohasni Commercial High School, dia menubuhkan kumpulan Albatross bersama rakannya sambil membuat persembahan di parti dan kelab malam.
Kitaro ... mampu bermain dengan pelbagai alat muzik dengan baik"Saya bermula dengan bermain gitar sebelum beralih ke keyboards.  Satu ketika, pemain dram kami cedera dalam masa sama tarikh persembahan gig semakin hampir.  Tanpa pengetahuan langsung tentang dram, saya terpaksa mempelajarinya kerana saya ketua kumpulan dan gig perlu diteruskan.  Tidak lama kemudian, pemain bass kami pula cedera dan sekali lagi saya terpaksa mempelajari cara bermain gitar bass.  Siri kemalangan dan kecederaan ini menjadi alasan utama mengapa saya mampu bermain dengan pelbagai alat muzik dengan baik," katanya.
Selepas tamat pengajian, Kitaro berpindah ke Tokyo dan mula menimba pengalaman dan menjadi sebahagian daripada gelanggang muzik di sana.  Di sinilah dia mula berminat dengan synthesizer.  Alat muzik synthesizer pertama miliknya adalah analog, dan memandangkan dia begitu meminati bunyi yang dihasilkan synthesizer analog, bunyinya dijadikan perbandingan dengan bunyi digital masa kini. 
Pada mulanya, ibu bapa Kitaro menentang keras cita-citanya memilih kerjaya dalam bidang muzik.  Ternyata dalam pada ibu bapa memujuk memilih kerjaya dalam bidang muzik.  Ternyata dalam pada ibu bapa memujuk memilih kerjaya lebih menjamin, Kitaro meninggalkan rumah tanpa pengetahuan orang tuanya.  Di perantauan, dia menyara hidupnya dengan melakukan pelbagai jenis kerja sambilan termasuk memasak dan pada malamnya menggubah lagu.
Awal 1970-an, dia beralih sepenuhnya ke keyboards dan menyertai kumpulan Far East Family Band dan menjelajah ke seluruh dunia.  Di Eropah, dia bertemu pemuzik synthesizer Jerman yang juga bekas anggota Tangerine Dream, Klaus Schulze.  Schulze menerbitkan dua album untuk kumpulan itu dan banyak memberi tunjuk ajar dalam penggunaan synthesizer.  Pada 1976, dia meninggalkan kumpulan itu dan mengembara ke seluruh Asia termasuk China, Laos, Thailand dan India.
"Saya hanya seorang penyampai, bagi saya lagu boleh diibaratkan sebagai awan dan juga air," katanya.
Sejak 1983, rasa hormatnya terhadap alam semulajadi mendorong Kitaro menghadiahkan alam dengan sebuah konsert khas di Gunung Fuji atau berdekatan kediamannya di Colorado.  Setiap kali bulan mengambang sekitar Ogos, dia memalu gendang Taiko dari subuh sehingga senja.  Biarpun tangannya berlumuran berdarah dia masih terus memalu gendang.
Dari 1983 hingga 1990 Kitaro berkahwin dengan Yuki Taoka.  Yuki adalah perempuan Kazuo Taoka, ketua sindiket Yakuza terbesar di Jepun, Yamaguchi-gumi.  Kitaro dan Yuki dikurniakan anak lelaki, Ryunosuke, yang kini tinggal di Jepun.  Pasangan ini berpisah akibat jarak kerana Kitaro berkerja di Amerika Syarikat manakala Yuki menetap di Jepun.
Pertengahan 90-an, Kitaro mengahwini Keiko Matsubara seorang pemuzik yang turut terbabit dalam pembikinan beberapa albumnya.  Bersama-sama anak lelaki Keiko, pasangan ini menetap di Ward, Colorado.  Bagaimanapun, kini Kitaro dan Keiko menetap di Occidental, California.

Wednesday, 5 October 2011

Sejarah FACCEBOK.... atau laman MUKA BUKU.. hehe

Facebook diluncurkan pertama kali pada tanggal 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg sebagai media untuk saling mengenal bagi para mahasiswa Harvard.

Dalam waktu dua minggu setelah diluncurkan, separuh dari semua mahasiswa Harvard telah mendaftar dan memiliki account di Facebook. Tak hanya itu, beberapa kampus lain di sekitar Harvard pun meminta untuk dimasukkan dalam jaringan Facebook. Zuckerberg pun akhirnya meminta bantuan dua temannya untuk membantu mengembangkan Facebook dan memenuhi permintaan kampus-kampus lain untuk bergabung dalam jaringannya. Dalam waktu 4 bulan semenjak diluncurkan, Facebook telah memiliki 30 kampus dalam jaringannya.

Dengan kesuksesannya tersebut, Zuckerberg beserta dua orang temannya memutuskan untuk pindah ke Palo Alto dan menyewa apartemen di sana.

Setelah beberapa minggu di Palo Alto. Zuckerberg berhasil bertemu dengan Sean Parker (cofounder Napster), dan dari hasil pertemuan tersebut Parker pun setuju pindah ke apartemen Facebook untuk bekerja sama mengembangkan Facebook. Tidak lama setelah itu, Parker berhasil mendapatkan Peter Thiel (cofounder Paypal) sebagai investor pertamanya. Thiel menginvestasikan 500 ribu US Dollar untuk pengembangan Facebook.

Jumlah account di Facebook terus melonjak, sehingga pada pertengahan 2004 Friendster mengajukan tawaran kepada Zuckerberg untuk membeli Facebook seharga 10 juta US Dollar, dan Zuckerberg pun menolaknya. Zuckerberg sama sekali tidak menyesal menolak tawaran tersebut sebab tak lama setelah itu Facebook menerima sokongan dana lagi sebesar 12.7 juta US Dollar dari Accel Partners. Dan semenjak itu sokongan dana dari berbagai investor terus mengalir untuk pengembangan Facebook.

Pada September 2005 Facebook tidak lagi membatasi jaringannya hanya untuk mahasiswa., Facebook pun membuka jaringannya untuk para siswa SMU. Beberapa waktu kemudian Facebook juga membuka jaringannya untuk para pekerja kantoran. Dan akhirnya pada September 2006 Facebook membuka pendaftaran untuk siapa saja yang memiliki alamat e-mail.

Selain menolak tawaran dari Friendster seharga 10 juta US Dollar, Zuckerberg juga pernah menolak tawaran dari Viacom yang ingin membeli Facebook seharga 750 juta US Dollar, dan tawaran dari Yahoo yang ingin membeli Facebook seharga 1 milyar US Dollar.

Tidak ada situs jejaring sosial lain yang mampu menandingi daya tarik Facebook terhadap user. Pada tahun 2007, terdapat penambahan 200 ribu account baru perharinya Lebih dari 25 juta user aktif menggunakan Facebook setiap harinya. Rata-rata user menghabiskan waktu sekitar 19 menit perhari untuk melakukan berbagai aktifitas di Facebook


Kekuatan hidup dan mati ada di lidah.

Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.

Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.

Renungan :
Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari.

Kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahwa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.

Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit darikeputus-asaanya, kejatuhannya, ataupun kemalangannya.

Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kekuatan bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh.


Moto sebagai hadiah....yesssss!!

Rilex........sebab selamat..he ..he..he..

I' am a King!!!!

Sunday, 2 October 2011

Bunga Kebangsaan

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu [1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.