Diam merupakan sebuah keputusan hukum..
sebaik baik perkataan adalah yang sedikit..
Namun dapat menjadi petunjuk..
Keselamatan sesaorang..terletak pada penjagaan lisannya…
Siapa yang manis lisannya, pasti akan ramai kawannya..
"No one can make you feel inferior without your consent" ~Want to know more about me, join the chat box below~
Total Pageviews
Wednesday, 3 October 2012
Monday, 1 October 2012
Sejarah Islam di Korea
Dianggarkan terdapat seramai 45,000 orang penganut agama Islam di Korea,[1] tidak termasuk pekerja-pekerja
hijrahan tetap. Islam juga merupakan agama yang berkembang dengan pantas di Korea Selatan.[2] Termasuk juga pekerja-pekerja Korea
yang memeluk agama Islam yang pulang dari negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.
Di Korea Selatan, populasi orang Islam semakin
meningkat sejak pengenalan agama tersebut tidak lama selepas Perang Korea.
Masyarakat Islam (kelahiran Korea dan asing) tertumpu di sekitar Seoul yang menempatkan masjid besar kurun ke-20 pertama yang dibina
pada tahun 1976 dengan pembiayaan oleh Misi Dakwah Islam Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.
Terdapat pertumbuhan perlahan tetapi
nyata penghijrahan orang-orang Timur Tengah (Iran, Iraq, Kuwait dan Qatar) beserta Pakistan dan Malaysia ke Korea Selatan yang
majoritinya beragama Islam semasa tahun 1990-an dan 2000-an, selalunya datang
sebagai pekerja undangan ke negara ini.
Dipercayai bahawa tiada kehadiran nyata
Islam di Korea Utara yang kegiatan keagamaan berautonomi
secara umumnya hampir tidak wujud. Di sebalik fakta bahawa orang Islam Korea
adalah masyarakat yang kecil, mereka merupakan sebahagian daripada struktur
pelbagai agama masyarakat Korea yang melibatkan penganut agama Buddha, ajaran Tao dan agama Kristian.
Subscribe to:
Posts (Atom)