Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang
bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi pelaziman. Guru-guru
boleh menggunakan banyak teknik untuk memodifikasikan tingkah laku
murid-muridnya. Guru-guru perlu menggunakan satu sistem pengurusan tingkahlaku
bermasalah dengan membuat pemantauan dan penilaian terhadap tingkahlaku
bermasalah di dalam bilik drajahnya.
Tujuan teknik modifikasi tingkah laku ialah
mengaplikasikan ganjaran peneguhan (hadiah/dendaan) untuk mengurangkan atau
menghapuskan tingkah laku bermasalah atau mengajar murid respon-respon yang
baru. Berikut ialah huraian pelbagai teknik yang sesuai digunakan untuk
perlaksanaan program modifikasi tingkah laku murid-murid di sekolah.
a) Positif
dan peneguhan Negatif
Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah
laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi
sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan
negatif.
b)
Peneguhan Positif
Guru-guru yang mahir selalu
menggunakan ganjaran yang efektif dan ganjaran yang sesuai (stimulus) untuk
meningkatkan respon positif. Ganjaran ini boleh berlaku dalam bentuk hadiah
materialistik atau dalam bentuk penerimaan sosial di dalam bilik darjah.
Peneguhan positif ialah satu proses di mana guru-guru akan cuba mengawal
tingkah laku murid dengan motivasi, hadiah dan sentuhan serta kata-kata
perangsang yang dapat membaiki/ mengubah tingkah laku murid-muridnya.
Peneguhan positif juga berfungsi
sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku
berulang-ulang. Terdapat dua jenis ganjaran/ peneguhan positif iaitu:
i.
Ganjaran primer ( susu, makanan,
gula-gula)
ii.
Ganjaran terlazim (bintang,
token, markah tinggi, penerimaan sosial dan sentuhan, perkataan (lisan dan
bertulis), permainan dan aktiviti, ekspresi dan wajah guru (muka atau badan). Dalam
peneguhan sosial, seorang guru boleh melafazkan kata-kata pujian seperti
berikut:
Memberi pujian (memberitahu
murid-murid yang lain atau menyebut nama murid-murid yang menunjukkan tingkah
laku yang baik semasa perhimpunan sekolah); dan memuji kebolehan murid-murid
kepada ibu bapa.
Peneguhan positif yang lain
adalah motivasi dan sentuhan serta penggunaan perkataan-perkataan inspirasi
yang boleh meningkatkan atau mengubah tingkah laku murid-murid. Beberapa contoh
peneguhan positif yang boleh digunakan oleh guru ialah:
i.
Murid di suruh untuk menjadi pembantu guru;
ii.
5 hingga 10 minit aktiviti bebas (muri-murid boleh membuat apa sahaja
aktiviti yang mereka suka);
iii.
Guru menulis nota pujian kepada ibu bapa murid;
iv.
Murid diberikan masa bebas untuk pergi ke perpustakaan
v.
Murid diberikan peluang menjadi ketua aktiviti kumpulan;
vi.
Murid mendengar cerita yang dirakan oleh guru;
vii.
Murid mendapat senyuman daripada guru setelah memberi respon yang betul;
c)
Peneguhan Negatif
Jikalau peneguhan positif tidak
berkesan, maka guru-guru perlu menggunakan peneguhan negatif untuk mengawal
tingkah laku murid seperti dendaan, memarahi murid, menggunakan kata-kata kesat
atau menyuruh mereka menjalani ‘time out’.
Peneguhan negatif berfungsi
mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan
lagi. Peneguhan negatif meningkatkan kemungkinan berlaku sesuatu respon. Guru-guru
juga boleh menggunakan peneguhan negatif untuk meningkatkan kemungkinan berlaku
sesuatu tingkah laku yang positif.
Jika peneguhan positif masih tidak berkesan,
guru-guru perlu menggunakan kaedah disiplin yang lebih tegas seperti menghantar
murid-murid bermasalah kepada guru disiplin
No comments:
Post a Comment