Total Pageviews

Tuesday, 13 December 2011

RANCANGAN PELAJARAN MATEMATIK ~ ( TAHUN 3 )

Matapelajaran : Matematik
Kelas                   : 3
Masa                   : 8 . 45 – 9. 45 PAGI
Tajuk                   : Nilai Wang RM 1 – RM 100

Objektif Pembelajaran : Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh :
a)      Menyatakan nilai wang kertas dari RM1 – RM 100
b)      Membuat perbandingan di antara nilai wang dengan menukarkan bilangan sesuatu jenis duit kepada sesuatu wang lain.
c)       Boleh menyelesaikan masalah harian melalui aktiviti jual beli yang menggunakan kiraan wang dengan melibatkan jumlah dan baki.

Hasil Pembelajaran :
a)      Murid dapat menyatakan nilai duit yang diberi .
b)      Murid dapat membuat perbandingan di antara nilai wang dengan menukarkan bilangan sesuatu jenis duit kepada sesuatu yang lain.
c)       Murid dapat menyelesaikan masalah harian melalui aktiviti jual beli yang menggunakan kiraan wang dengan melibatkan jumlah dan baki.

Bahan Bantu Mengajar :
         i.            Gambar duit RM 1 – RM 100
       ii.            Duit Mainan RM 1 – RM 100
      iii.            Barang – barang mainan dengan tanda harga
     iv.            Kad imbasan yang ditulis nilai wang.
       v.            Klip Video
     vi.            Power Point

 
TAJUK / LANGKAH AKTIVITI
FOKUS PEMBELAJARAN DAN BUTIRAN PENGAJARAN
CATATAN/STRATEGI

Set induksi
( 3 minit )  
Apa itu wang ?
      1)      Guru menayangkan klip video mata wang Malaysia .
      2)      Guru meminta murid menyatakan nilai duit yang ditunjukkan.

Strategi berpusatkan Guru.
BBM : Klip Video, wang sebenar.

Langkah 1
( 10 minit )
Ciri – ciri wang
      1)      Murid diminta untuk memberikan ciri – ciri mata wang yang ditayangkan pada power point.
      2)      Guru meminta murid menyatakan nilai dan symbol mata wang yang ditayangkan. 

Strategi berpusatkan guru.
Strategi berpusatkan murid.

Langkah 2
( 10 minit )
Melabel
       1)      Guru menyediakan  beberapa jenis barang berserta tanda harga dalam bentuk power point.
       2)      Murid dipilih secara rawak untuk memadankan jenis barang dengan harga nya dengan menggunakan power point.

Strategi berpusatkan murid
( koperatif )
BBM : Power Point

Langkah 3
( 20 minit )
Simulasi
Jual Beli
      1)      Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
      2)      Guru member arahan mengenai aktiviti yang dijalankan.
      3)      Setiap kumpulan akan diberikan beberapa not wang untuk digunakan dalam simulasi jual beli.
      4)      Mereka akan bertukar – tukar giliran sebagai penjual dan pembeli.

Strategi berpusatkan murid.
BBM : Buku, Wang Permainan, Gambar Mainan.

Langkah 4
( 10 minit )
Latihan Pengukuhan  
      1)      Murid akan diberikan lembaran kerja yang mengandungi petak kosong untuk diisikan nilai mata wang.
      2)      Murid diberikan masalah penambahan dan penolakan dalam system mata wang.

Strategi berpusatkan bahan

Penutup
( 5 minit )
Rumusan
      1)      Guru bertanya kepada murid tentang pengajaran pada hari ini.
       2)      Guru membuat rumusan tentang pengajaran yang diajar.



REFLEKSI  KESELURUHAN P&P  ~  p&p terlasana dengan lancer dan didapati murid-murid dapat menguasai kelas pada hari ini dengan mudah dan cepat dan hal ini kerana penggunaan ABM yang boleh menarik minat mereka dan juga pengetahuan sedia ada murid-murid itu sendiri mengenai matawang.


Monday, 12 December 2011

RANCANGAN PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK ~ TAHUN 3


Tajuk       : Ke Pasar Minggu
Tempoh  :  1 waktu ( 30 minit )
Fokus      : Corak irama
                   Bunyi panjang -pendek
 Standard Kandungan

Modul 1: Pengalaman Muzikal
1.3  Membuat gerakan mengikut muzik

Modul 3 : Apresiasi Muzik
3.1  Menghayati muzik daripada pelbagai repertoir

  Standard  Pembelajaran

1.3.2  Membuat gerakan berdasarkan lirik dan mud muzik
           - lagu aksi (action song)
3.1.2  Mengenal pasti mud, tempo, tekstur, dan dinamik daripada muzik yang didengar
          -  mud (sedih dan riang)

BBM  :  CD1Track 23 , Carta lagu, Perkusi

SDK:   1.1.1  Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau
1.1.3  Menggunakan alat, radas, bahan, instrument atau specimen yang sesuai
1.1.7  Mendapatkan makna dengan betul
1.2.1  Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul
2.1.1  Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak
2.2.2  Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik
3.1.1  Menokok tambah idea
3.1.2  Mengubah suai idea
4.1.2  Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami


Pengetahuan Sedia ada:  Murid pernah menyanyi lagu “Ke Pasar Minggu”.



LANGKAH

CADANGAN AKTIVITI

BBM

FASA SDK


Set Induksi

1.      Berbincang tentang lagu “ Ke Pasar Minggu ” yang pernah dipelajari pada sesi pembelajaran terdahulu.

      2. Menyanyi lagu  dengan postur yang betul.



Carta lagu

CD Lagu



Fasa Persediaan


1.1.1

1.1.3

1.1.4

1.1.7

1.2.1




Langkah 1





  1. Guru menepuk pola irama bar 1 dan 2 serta 9 dan 10 dengan sebutan ‘ta’ dan  ‘ma’ sambil menepuk detik.

  1. Murid mengajuk pola irama yang diberi guru dengan sebutan seperti ‘ta’ dan ‘ma’ sambil menepuk detik.

  1. Guru dan murid menepuk pola irama bersama-sama.





Langkah 2






  1. Guru menunjukkan carta lagu "Ke Pasar Minggu"

  1. Murid mendengar dan memberi tumpuan kepada lagu itu.

  1. Murid mendengar dan menepuk detik lagu  dengan bimbingan guru.(menepuk meja)


Carta lagu

CD 1 Track 23




Langkah 3

  1. Murid mengenal pasti bunyi panjang –pendek yang terdapat dalam lagu.

  1. Guru bersoal jawab dengan murid    tentang corak irama yang mereka dengar dari radio.






CD 1








Fasa Imaginasi

2.1.1

2.2.2



Langkah 4

  1. Murid menyanyi sambil melakukan gerakan mengikut lirik lagu
  1. Guru meminta murid untuk membanding beza bunyi panjang pendek yang terdapat dalam lagu.


CD1 Track 23

Penutup

  1. Murid menyanyikan lagu “Ke Pasar Minggu”  bersama iringan muzik.

  1. Murid memainkan perkusi bagi mengiringi lagu mengikut corak irama yang telah dihasilkan.


CD Lagu

Perkusi

Fasa Tindakan

4.1.2

REFLEKSI

Semasa proses pengajaran & pembelajaran ~ Ketika p&p dijalankan, guru tidak mengalami banyak masalah kerana murid-murid memang sudah terdedah dan ada pengetahuan sedia ada kepada aktiviti seperti yang dirancangkan dalam RPH ini. Aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar dan guru dapat mewujudkan suasana yang menyeronokan.

Masalah & penambahbaikan ~ Masalah yang dihadapi cuma alatan muzik yang terhad di sekolah saya, dan juga bilangan murid yang sedikit di dalam kelas. Keadaan ini membuatkan ada ahli kumpulan yang tidak mencukupi dan aktiviti gerakan agak terbatas tetapi saya cuba untuk mengatasi masalah ini dengan sebaiknya iaitu meminta murid yang sama untuk masuk dalam kumpulan kawan-kawan mereka yang lain, dan murid yang dipilih adalah di kalangan pelajar saya yang agak kurang aktif. Ini bertujuan bagi menanam minat dan semangat nya untuk meminati aktiviti ini dan penambahbaikan yang dilakukan adalah mengadakan beberapa pertandingan yang melibatkan semua murid walaupun mereka terdiri dalam kumpulan kurang menguasai aktiviti ini.

Sunday, 11 December 2011

Makropengajaran ~ Huraian ringkas

Pengenalan Makropengajaran       

Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran,sekurang-kurangya satu unit kemahiran,dlm sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan pengajaran,perkembangan dan penutup Ianya juga merupakan simulasi  satu pengajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa.simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah,makmal atau bilik previu. Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yg sekian lama dipelajari. Objektif Pengajaran Makro ialah menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada semua guru. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mempraktikana suatu suasana sebenar apabila mengajar serta dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar . Matlamat pengajaran makro adalah melahirkan guru-guru yg mempunyai keyakinan yang tinggi apabila mula menjalankan tugas kelak dan juga menjadi lebih berkaliber dan kreatif semasa menagajar. Pendedahan yang dipelajari semasa dimaktab menjadi satu kayu pengukur dalam menjalankan pengajaran .Guru akan mengetahui setiap persediaan yang perlu dibuat apabila memulakan tuigas mengajar . 

PERANCANGAN MAKRO MENGANDUNGI KOMPONEN PERSEDIAAN SEPERTI
v  Tarikh/masa/mata pelajaran/kelas/bil pelajar dan tajuk
v  Kemahiran:-nombor kemahiaran /isinya
v  Pengetahuan sedia ada
v  Objektif pelajaran (kognitif/psikomotor/afektif)
v  Sumber P&P

v  Penerapan Nilai murni

v  Penggabungjalinan kemahiran

KOMPONEN PENYAMPIAN
v  Set induk si
v  Perkembangan- langkah pengajaran.
v  Strategi pengajaran