Untuk mengetahui
asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya
terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini
masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda)
dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara
kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. Teori mereka
menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu
kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya
berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya
menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai
Melayu-Proto dan
berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi Kira-kira dalam tahun 1500 tahun
Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai
Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan
tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orangorang
Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan
beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman.
Justeru itu,
Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini. Bahasa
Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasabahasa
Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada
rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa
Tibet-Cina.
Rumpun bahasa Austronesia ini pula
terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil :
I.
Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu
atau Bahasa Nusantara.
Contoh : bahasa
Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak (Bidayuh,Iban) Tagalog, Solo, Roto, Sika dan
lain-lain.
II.
Bahasa-bahasa Polinesia
Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti
III.
Bahasa-bahasa
Melanesia
Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and
Kepulaun Caledonia
IV.
Bahasa-bahasa
Mikronesia
Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall,
Carolina dan Gilbert.
Bahasa Melayu
tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang
paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Bentuk Bahasa Melayu yang
dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu
Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu
Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu
bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis
bermula pada akhir abad ke-7.
Sebanyak empat
batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut :
1. Batu Bersurat
Kedukan Bukit (683 M) - Palembang
2. Batu Bersurat
Talang Tuwo (684 M) – Palembang
3. Batu Bersurat
Kota Kapor (686 M) – Pulau Bangka, Palembang
4. Batu Bersurat
Karang Brahi (686 M) – Palembang
Berpandukan
isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya,
sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung
Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa
Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran
kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah
jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa
Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.
Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan
645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan
utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China.
Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan dengan tegas. Ada yang
mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.
Selain
daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan
lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13
masihi.
1. Batu Bersurat
Gandasuli (832 M) – Gandasuli, Jawa Tengah
2. Sebuah batu
bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi.
3. Sebuah patung
gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029M
dengan tulisan pada kaki alasnya.
4. Sebuah patung
di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan
perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada
bahagian belakangnya.