Total Pageviews

Sunday, 21 July 2013

Kata-Kata Hikmah

  1. "Barang siapa yang tidak menjaga DIRINYA, maka tidak bergunalah ilmunya......"
    (Imam Ghazali)
  2. Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.
  3. \"...Kemudian apabila sampai ajal mereka, tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan.\"
    (AnNahl:61)
  4. bukan senang nak jadi senang bukan susah nak jadi susah
  5. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesaikannya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah sendiri.
  6. ....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki....
  7. Redha Allah itu bergantung kepada redha kedua ibu bapa dan marah Allah juga bergantung kepada marah kedua ibu bapa .
  8. Hiburan itu tidak mesti membahagiakan tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan.
  9. Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.
  10. Ilmu mu yang manfaat,sedekah mu yang ikhlas dan orang yang soleh,itulah syarat yang dituntut di ALAM BAKA....
  11. God be with you, be happy and keep up the rituos live
  12. Wanita adalah hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga didalam rumahtangga.
  13. Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar dan mengajar Al-QURAN
  14. Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat.
  15. Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.
  16. Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya.
  17. Allah tidak memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu rahsia Allah.
  18. Wanita adalah hiasan dunia, sabaik-baik hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga di dunia
  19. Kejayaan Jin dan Manusia itu terletak pada agama. Sejauh mana dia dapat taat pada perintah Allah dan mengikut sunnah Rasulullah itu yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
  20. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang menghafal AL-QURAN
  21. Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita... Sesungguhnya kau adalah yang kuat seandainya kau beriman kepada Allah
  22. Kejayaan, kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha.
  23. Jaga diri, hiasi peribadi.
  24. Cinta pada bunga,bunga akan layu
    Cinta pada manusia,manusia akan mati
    TAPI Cinta pada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi.
  25. Orang yang mendapat pertolongan daripada Allah adalah orang yang bertakwa dan selalu ingat kepadaNya.
  26. Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dalam diri kelak.
  27. Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.
  28. Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang kamu kehendaki.
  29. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam
  30. Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat.
31. Don't ask what you demand for life but ask what life demands from you.
32. Kejari cita-cita sebelum mengejari cinta.
33. Cinta itu suci, jangan cemari cinta itu dengan jiwa yang lara
34. Keikhlasan cermin kesucian hati sabar itu penahan derita ketenangan hati tanda redhanya jiwa
35. Hidup tak selalunya indah tetapi hidup ini akan menjadi indah seandainya kita bersyukur dan bertaqwa kepada Allah.
36. Rakan yang paling jujur adalah seseorang yang bergelar musuh
37. Menghormati orang lain seperti anda menghormati diri anda sendiri. Menghormati diri lebih memberi kepercayaan pada kita dan hendaklah kita jaga diri kita dengan menghiasi perbadi kita.
38. Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.
39. Fikirkan dosa dan pahala ..lalu laksanakan yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa.
40. Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.
41. Perjalanan yang jauh itu, dimulai dengan langkah pertama.
42. Jika mengharapkan suami sehebat Saidina Ali Karramallahu Wajhah maka, jadikanlah diri anda semulia Saidatina Fatimah Az-Zahra.
43. Apabila banyak berkata-berkata, maka banyak lahirnya tipu daya.
44. Sesungguhnya sedekah yang paling baik ialah sedekah amalan kita.
45. Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam.
46. Tuhan menciptakan kita 2 mata untuk melihat, 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk berjalan tetapi kenapa Tuhan hanya menciptakan sekeping hati??? Kerana Tuhan mengamanahkan pada kita untuk mencarinya.
47. Gadisku. Jadilah seorang yang solehah kepada mujahid yang kau sayangi.....ingatilah akan kejadianmu yang unik dan simbolik itu.....hargailah masa mudamu dan renungilah masa tuamu itu.....Insya-Allah kau akan diberkati Illahi.
48. Kejayaan hari esok bermula dengan usaha hari ini.
49. Cinta yang kekal abadi adalah cinta Illahi.
50. Cinta yang berlandaskan suci tidak pernah memungkiri janji. 
51. Membaca membentuk keperibadian,Menulis membentuk kesempurnaan....
52. Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...
53. Solat itu ibarat tiang agama,Jika kukuh tiang itu maka kukuhlah solatnya.....
54. Hidup ini sementara....Jadikanlah ia penuh bermakna.....
55. Tragedi yang paling dahsyat dalam hidup seseorang adalah dia tidak kenal siapa penciptanya, siapa dirinya, apa tujuan hidupnya dan di manakah destinasi terakhir yang akan menjadi persinggahannya.
56. Sabda Rasullulah s.a.w : Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu. maka ia lebih nyata bahawa kamu tidak akan menghina nikmat Allah atas kamu.
( riwayat al-Bukhari & Muslim )
57. Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang.
58. Ilmu dunia jika digunakan untuk kebaikan maka baiklah jadinya dan jika dihalakan pada kejahatan maka jahatlah jadinya.
59. Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.
60. Carilah ilmu itu sehingga jangan lupa beribadat,dan beribadatlah sehingga jangan lupa mencari ilmu.
61. Kita tidak boleh hanya berjaya dalam akademik,tetapi sahsiah juga haruslah cemerlang.

62. Tuturkata yang lemah lembut itu lebih berkesan dari yang kasar dan tidak sopan.

63. Cakap orang tidak semestinya dipedulikan tetapi nasihat dari seseorang mesti diberi perhatian.

64. Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...

65. Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan.

66. \" Barangsiapa yang mendedahkan walau sehelai bulu romanya(auratnya), sesungguhnya dia telah membina sebuah mahligai untuk ibubapanya di NERAKA...\"

67. Kita sering lupa apabila diuji dengan nikmat daripada diuji dengan bala.

68. Tiada pengorbanan tanpa darah dan air mata.pegorbanan menuntut darah dan air mata....
69. Sesuatu kehidupan itu amat berharga.Janganlah disia-siakan ,melainkan pada apa yang terbaik
70. Kejayaan bermula dengan impian di fikiran .Menulisnya adalah langkah kedua. Melakukan sesuatu untuk merealisasikan merupakan langkah ketiga.
71. Tidak berbuat apa-apa ialah kubur kehidupan. HIdup tanpa bekerja ialah hidup tanpa kebahagiaan.
72. Disiplin adalah ramuan tersembunyi di mana menukar seseorang yang biasa kepada orang yang penting.
73. Setiap kali bangun dari tidur, berfikirlah tentang kehidupan anda yang baru bermula.
74. Orang yang hina adalah sentiasa mencela orang lain, manakala orang yang mulia adalah sentiasa mencela dirinya.
75. Kita boleh mengubah diri kita dengan mengubah pemikiran, sikap dan amalan.
76. Meninggi suara merendahkan kuasa. Orang yang berlagak sahaja yang pandai berkata-kata. Orang yang bijak sentiasa mendengar dahulu.
77. Tingkah laku diri mencerminkan peribadi lebih daripada apa yang kita katakan tentang diri sendiri.
78. Cinta itu unik dan bermakna jika pandai menilainya.
79. Kecantikan itu terletak pada peribadi seseorang dan bukan pada rupa parasnya.
80. Tuhan manciptakan kita 2 mata untuk melihat, 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk berjalan tetapi Tuhan hanya mencipta sekeping hati??? kerana Tuhan mengamanahkan kepadad kita untuk mencarinya.
81. Basahkan selalu lidahmu dengan zikrullah dan sucikan hatimu dengan kalamullah.
82. Orang yg berjaya akan membuka peluang kepada orang yg gagal.
83. Hiburan hanya hiburkan anda sekarang...masa depan bukan bergantung kepada hiburan...berusahalah demi masa depan.
84. MINDA KECIL berbicara tentang MANUSIA
MINDA SEDERHANA berbicara berkaitan PERISTIWA
MINDA BESAR berbicara tentang IDEA
85. Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang dikehendaki.
86. Mendiamkan diri lebih baik daripada membuka mulut....
87. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.
88. Jatuh kita pada hari ini bukan untuk mematahkan semangat dan harapan tapi pendorong kita dihari kemudian.
89. Jangan lari dari masalah kalau tidak anda kan menjadi orang bermasalah seboleh-bolehnya cubalah selesaikannya. Disitulah bermulanya kematangan seseorang.
90. Orang yang sering tidak mempercayai orang lain, dia sendiri tidak boleh dipercayai....
91. Kita sering berdoa supaya diberi ketabahan dan kekuatan, bila diuji dengan masalah kenapa kita mengeluh....???
92. Sesungguhnya siang yang menjelma itu lebih baik dari malam yang gelap. Cari seberapa banyak Hikmah yang ada di siang hari . Jika inginkan sesuatu pastikan ianya menjadi kenyatanan yang akan dikenang buat selamanya.
93. Kejayaan yg diperoleh dpt membantu: keluarga seseorang, kawan-kawan karib dan diri seseorang, jadi hendaklah kita berusaha dari sekarang untuk mencapai apa yang diingini......
94. Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat.
95.Fikirkanlah! Guru sebagai pintu ilmu, namun demikian pelajarlah yang membukanya.
 96.Cinta Agung hanya dari Allah S.W.T.
97 Cinta lain kepada suami, isteri, anak-anak, ibu dan bapa, kepandaian,
Kejelitaan, pangkat dan harta benda hanya bersifat sementara. Boleh
Hilang dalam sekelip mata. Yang kekal hanya Allah S.W.T.
98 Ignorance magnifies a problem, understanding diminishes it.
99 Great spirits have always encountered violent opposition from mediocre minds.
100Real integrity stays in place whether the test is adversity or prosperity.
101 Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
102 Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor
103 y what you want to say when tou have the time,tomorrow maybe one day late.Oue deepest regrets are words unsaid and things undone.
104 BAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU
105Wanita itu sendiri adalah rahsia
106 Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
107 Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
108 Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
109 Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
110 SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.