Matapelajaran : Matematik
Kelas : 3
Masa : 8 . 45 – 9. 45 PAGI
Tajuk : Nilai Wang RM 1 – RM 100
Objektif Pembelajaran : Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh :
a) Menyatakan nilai wang kertas dari RM1 – RM 100
b) Membuat perbandingan di antara nilai wang dengan menukarkan bilangan sesuatu jenis duit kepada sesuatu wang lain.
c) Boleh menyelesaikan masalah harian melalui aktiviti jual beli yang menggunakan kiraan wang dengan melibatkan jumlah dan baki.
Hasil Pembelajaran :
a) Murid dapat menyatakan nilai duit yang diberi .
b) Murid dapat membuat perbandingan di antara nilai wang dengan menukarkan bilangan sesuatu jenis duit kepada sesuatu yang lain.
c) Murid dapat menyelesaikan masalah harian melalui aktiviti jual beli yang menggunakan kiraan wang dengan melibatkan jumlah dan baki.
Bahan Bantu Mengajar :
i. Gambar duit RM 1 – RM 100
ii. Duit Mainan RM 1 – RM 100
iii. Barang – barang mainan dengan tanda harga
iv. Kad imbasan yang ditulis nilai wang.
v. Klip Video
vi. Power Point
TAJUK / LANGKAH AKTIVITI | FOKUS PEMBELAJARAN DAN BUTIRAN PENGAJARAN | CATATAN/STRATEGI |
Set induksi ( 3 minit ) Apa itu wang ? | 1) Guru menayangkan klip video mata wang Malaysia . 2) Guru meminta murid menyatakan nilai duit yang ditunjukkan. | Strategi berpusatkan Guru. BBM : Klip Video, wang sebenar. |
Langkah 1 ( 10 minit ) Ciri – ciri wang | 1) Murid diminta untuk memberikan ciri – ciri mata wang yang ditayangkan pada power point. 2) Guru meminta murid menyatakan nilai dan symbol mata wang yang ditayangkan. | Strategi berpusatkan guru. Strategi berpusatkan murid. |
Langkah 2 ( 10 minit ) Melabel | 1) Guru menyediakan beberapa jenis barang berserta tanda harga dalam bentuk power point. 2) Murid dipilih secara rawak untuk memadankan jenis barang dengan harga nya dengan menggunakan power point. | Strategi berpusatkan murid ( koperatif ) BBM : Power Point |
Langkah 3 ( 20 minit ) Simulasi Jual Beli | 1) Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. 2) Guru member arahan mengenai aktiviti yang dijalankan. 3) Setiap kumpulan akan diberikan beberapa not wang untuk digunakan dalam simulasi jual beli. 4) Mereka akan bertukar – tukar giliran sebagai penjual dan pembeli. | Strategi berpusatkan murid. BBM : Buku, Wang Permainan, Gambar Mainan. |
Langkah 4 ( 10 minit ) Latihan Pengukuhan | 1) Murid akan diberikan lembaran kerja yang mengandungi petak kosong untuk diisikan nilai mata wang. 2) Murid diberikan masalah penambahan dan penolakan dalam system mata wang. | Strategi berpusatkan bahan |
Penutup ( 5 minit ) Rumusan | 1) Guru bertanya kepada murid tentang pengajaran pada hari ini. 2) Guru membuat rumusan tentang pengajaran yang diajar. | |
REFLEKSI KESELURUHAN P&P ~ p&p terlasana dengan lancer dan didapati murid-murid dapat menguasai kelas pada hari ini dengan mudah dan cepat dan hal ini kerana penggunaan ABM yang boleh menarik minat mereka dan juga pengetahuan sedia ada murid-murid itu sendiri mengenai matawang.
terbaek cikgu....
ReplyDeleteP/s: cikgu guna popup comment lagi best cikgu
Tahniah, blog cikgu menarik. Tapi pada pendapat sya cikgu kena tukar color perkataan comment.. puas saya teka (tak nampak).. hehehe.. sila ke blog saya pula http://cikgudeehamid.blogspot.com/
ReplyDelete