Total Pageviews

Friday 18 May 2012

Sains Untuk WANITA_Kitaran Haid


Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid. 

Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina. 

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid  bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.

Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas. 

Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml.

Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh wanita tersebut. Mereka yang mengalami masalah tersebut yang berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temubual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan produk atau ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut

Sunday 13 May 2012

TAKRIF PERIBAHASA


TAKRIF PERIBAHASA ZAINAL ABIDIN AHMAD Segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakainya sebutan sebutan- sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Ilmu Mengarang Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (1965)

TAKRIF PERIBAHASA ISHAK RAMLY Peribahasa adalah cabang dalam sastera Melayu dan merupakan ikatan bahasa atau puisi Melayu kuno yang bernilai sastera. Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu, Jurnal Dewan Bahasa Januari 1990

TAKRIF PERIBAHASA KERIS MAS Peribahasa adalah percakapan atau p p ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan j pemerhatian, yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap y g g , , p didengar dan benar pada perasaan dan fikiran. Perbincangan Gaya Bahasa Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (1988)

TAKRIF PERIBAHASA ABDULLAH HUSSAIN Peribahasa itu sama tuanya dengan y g bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai mengenal peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dengan yang buruk perlu diadakan, untuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan perhubungan p g p g hidup sesama manusia. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (1989)

TAKRIF PERIBAHASA AWANG SARIYAN Peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya yang istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah bahasa, bahkan lebih p penting daripada itu memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir, dan kepekaan akal budi  masyarakat pengguna bahasa itu. Tikaman Bahasa, Mohd Adnan Mohd Ariffin, Dewan Bahasa dan Pustaka (1992)