Total Pageviews

Thursday, 3 November 2011

Shahdunya Lagu ULEK MAYANG.....


Ulek Mayang tiada lagi unsur khurafat

Lagu Ulek Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi identiti Terengganu kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun lalu.  
 
 Ini adalah persembahan kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.  Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang.  Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat.  Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain.  Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah.  Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.

Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera.  Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit.
Koreografer Badan Kesenian Muzium Terengganu, Mohd Nazri Ismail, menjelaskan olahan termasuk gerak tari dan susunan muzik dilakukan bagi memberi nafas baru selaras dengan perkembangan zaman dan penerimaan masyarakat ketika ini.
Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk.  Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk. 
Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mantera.  Ulek Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami perubahan termasuk menghapuskan unsur khurafat.
Kini, persembahan Ulek Mayang yang dimainkan sekadar untuk suka-suka saja, di mana ia melambangkan suatu pemujaan mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh beradik.  Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang.  Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.
Doa dan 'bangkitan' dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.

Wednesday, 2 November 2011

Pengenalan Alat-Alat Muzik Gamelan

Ensemble Gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat utama:

. 
BONANG
1.Bonang

Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama. Mengandungi 2 oktafyang berlaras "anhemitomik pentatonik" dan disongsangkan.Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung". Dalam bahasa jawa bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai "Wedok" manakala yang beroktaf tinggi dikenali sebagai "Lanang".Ianya menggunakan sistem notasi angka yang dikenali sebagai "French Cheve System" sempena nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Peranchis




GAMBANG
2.Gambang
Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.



3.Saron Pekin
Dikenali juga sebagi saron penerus. Seabagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam permainan ini teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.

4.Saron Barong
Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron penerus. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat pemukul diperbuat dari jenis kayu yang lembut.


5.Kenong.
Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan Melayu di Malaysia.

6.Gendang
Berperanan sebagai peyokong irama. Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan kedua belah tangan dan mampu menghasilkan suaramnemonik asas seperti "doh" pada permukaan besar dan mnemonik "tak'pada permukaan kecil.


7.Gong
Dalam Ens Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong Agung dan gong Suwukan.

CONTOH IRAMA GAMELAN MELAYU :-)