Total Pageviews

Wednesday 24 October 2012

JKMM...Apa ye....Jom baca!!! :)


Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) telah ditubuhkan pada tahun 1946. Dalam jangka masa 62 tahun, JKMM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara.

Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu isu sosial serta pembangunan masyarakat.

Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam ia telah di tempatkan di bawah beberapa kementerian iaitu :

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya (1946 - 1951),
Kementerian Perusahaan dan Perhubungan Sosial (1952 - 1955),
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat (1956 - 1957),
Kementerian Buruh danKebajikan Masyarakat (1958 - 1959),
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat(1960 - 1962),
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat (1963),
Kementerian Kebajikan Am (1964),
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia (1982),
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat(1990)

Mulai tahun 2004 hingga kini JKMM diletakkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Walaupun evolusi penjenamaan perkhidmatan kebajikan di bawah kementerian-kementerian  silih berganti tetapi tidak merubah konsep asal pembentukan jabatan ini iaitu berteraskan konsep kerja sosial.
JKMM (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ) adalah sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jabatan ini bertanggungjawab terhadap kebajikan serta kepentingan golongan yang memerlukan bantuan, yang melarat, golongan kurang upaya termasuk yang mengalami kecacatan fizikal, golongan wanita teraniya serta ibu-ibu tungal dan golongan kanak-kanak yang memerlukan pengawasan khas seperti yang ditafsirkan oleh mahkamah atau mana-mana badan berkenaan yang lain kerajaan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia juga menyediakan program latihan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di institusi-institusi Jabatan.

JKMM juga mengeluarkan kad pengenalan yang dikenali sebagai Kad kenal Diri Orang Kurang Upaya yang memberi beberapa keistimewaan dan kemudahan kepada pemiliknya. Kad ini hanya boleh dibuat di JKMM Negeri atau daerah-daerah tempat tinggal orang kurang upaya tersebut.

JKMM juga memberi peluang kepada murid berkeperluan khas yang tidak dapat mengikuti pembelajaran di sekolah kerajaan kerana mengalami kecacatan yang serius mendapat pendidikan dan intervensi awal dengan mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) dan seterusnya mendapat peluang pekerjaan di sektor awam atau sector swasta selepas tamat pengajian/pendidikan.