Total Pageviews

Thursday, 8 December 2011

Definisi Mikropengajaran

 Mikropengajaran adalah merupakan teknik pengajaran yang mengambil masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Menurut  Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain.
Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan murid menguasai dan memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro, bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan. Walaubagaimanapun, teknik ini hanya akan berkesan dan berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang dirancangkan dalam pengajaran praktis jika ia difahami, dihayati dan digunakan dengan cara yang tepat.

Tuesday, 6 December 2011

Teknik Nyanyian - Sebutan

 
 CONTOH LATIHAN VOKAL
Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada aw al dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten.
 
Bentuk mulut bagi bunyi vokal
AH ( a )



AE ( e )                            








OO ( o )




EE ( i )












OH ( o )

















REFLEKSI : 


Semasa p&p ~ Bagi p&p untuk mengajar teknik nyanyian, ada banyak perkara yang perlu guru ambil perhatian, dan teknik SEBUTAN ini juga adalah antara yang terpenting. Ketika saya mengajar teknik sebutan, p&p tidak terlalu banyak masalahnya, kerana perkara ini banyak berkaitan dengan hidupan seharian kita, malahan murid-murid memang sudah ada pengetahuan sedia ada cuma sebagai guru, saya hanya mendedahkan perkara-perkara asas, lebih-lebih lagi jika murid-murid kita akan mengikuti koir.


Masalah & Tindakan Susulan ~ Masalah yang biasa dihadapi untuk mengajar teknik ini adalah murid-murid saya ramai yang pemalu, malahan tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan memberi markah atau membuat persaingan kepada murid-murid di dalam kelas. Kepada sesiapa dapat menunjukkan teknik mulut dengan betul, akan dapat ganjaran daripada saya. ^_^