REFLEKSI ==> Beginilah semangat kesukanan yang telah ditunjukkan oleh murid-murid saya dari kelas tahun 3. Kalau ikutkan saya pada hari itu mengajar aktiviti lain, tetapi atas permintaan mereka yang teringin sangat bermain bowling, maka saya dengan sedikit idea yang kreatif mencadangkan bermain bowling dengan cara seperti dalam video di atas. Memang agak kelakar dan nampak banyak kekurangannya,namun kami semua gembira dan proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana dengan lancar. Tiada sebarang masalah saya hadapi untuk mengajar dan menguasai kelas ini kerana bilangan mereka yang hanya 5 orang. Diharap rakan-rakan blog sudi memberi komen atau pendapat, bagaimana cara terbaik lagi yang boleh saya lakukan untuk anak-anak didik saya merasai suasana bermain bowling dengan lebih menyeronokkan daripada sekarang.
"No one can make you feel inferior without your consent" ~Want to know more about me, join the chat box below~
Total Pageviews
Saturday, 19 November 2011
Friday, 18 November 2011
Apa Yang Penting...KERJASAMA !!
Aktiviti gotong royong murid & guru ( Persiapan untuk majlis penyampaian sijil,hadiah & konvokesyen pra-sekolah.
Refleksi Aktiviti : Semua murid bekerjsama, dari tahun 1-tahun 6...penat,lelah tidak pernah difikirkan. Begitulah kerjasama yang ditunjukkan oleh anak didikku, pelajar SK SUBA BUAN..di kesempatan ini, saya ingin kongsikan bersama rakan2 blog, bahawa keputusan UPSR sekolah saya 100% lulus penuh!
Tuesday, 15 November 2011
Refleksi Pengajaran - Gerakan dan Nyanyian
Assalammualaikum rakan-rakan seperjuangan..
Di sini, saya berminat untuk kongsi sedikit pengalaman semasa membuat latihan bersama murid-murid di sekolah hari ini. Bagi latihan nyanyian dan gerakan murid tahun 2. Hari ini aktiviti mereka 9 orang itu hanya membuat gerakan sambil menyanyi sahaja. Jika kalian sudah melihat video yang saya uplod di sini, memang masih kucar-kacir, malahan gerakan mereka juga masih tidak sama. Jika ada di kalangan rakan blog saya di sini telah menonton klip persembahan anak didik saya untuk lagu "Tarian Inang", tolong lah bagi komen, dan jika ada idea, bagilah cadangan kepada saya untuk memperbaiki kelemahan yang ada.Namun setelah di atur dan dibimbing lagi hari ini, alhamdulillah, ada juga perubahannya, namun saya mohon maaf kerana belum uplod gerakan terkini mereka. Tunggu....... ^_^
( Refleksi pengajaran gerakan & nyanyian )
--> di sini adalah contoh ketika latihan solfa yang dilakukan oleh murid-murid saya.Tujuan latihan ini adalah untuk aktiviti memanaskan suara bagi mengelakkan suara mereka ' terkehel' ketika menyanyi.
--> Untuk lagu "Tarian Inang", murid-murid saya cuma bermasalah ketika hendak bermain alat muzik sambil menyanyi sahaja kerana ini adalah pendedahan pertama buat mereka iaitu menyanyi, bermain alat muzik sambil melakukan sedikit gerakan.
--> Untuk lagu "Tarian Inang", murid-murid saya cuma bermasalah ketika hendak bermain alat muzik sambil menyanyi sahaja kerana ini adalah pendedahan pertama buat mereka iaitu menyanyi, bermain alat muzik sambil melakukan sedikit gerakan.
Monday, 14 November 2011
Sesi Latihan Anak Didik Ku ( Permainan Alatan Muzik & Gerakan )
Lagu Tarian Inang/ Tahun 2
Refleksi : Ketika latihan nyanyian ini dijalankan, saya menghadapi sedikit masalah di mana murid-murid sukar melakukan aktiviti nyanyian dan gerakan dalam masa yang sama. Tindakan susulan yang saya lakukan hanyalah melakukan sesi latihan berulang kali bersama murid, dan saya menjanjikan hadiah kepada murid yang paling aktif dan cepat faham.
Gerakan & Permainan Alat perkusi - Tahun 3
Refleksi : Untuk sesi latihan gerakan & permainan, murid-murid kelas ini mudah faham dan mereka cepat menguasai apa yang saya ajar, malahan mereka berani mencuba apa sahaja gerakan sendiri. Masalah yang saya hadapi cuma murid saya yang 5 orang ini hiper-aktif sikit. . :-)
Permainan Melodian - Tahun 5
Refleksi : Bagi latihan bermain melodian, murid-murid tahun 5 cepat menguasai not-not untuk lagu ini, iaitu "ibu pertiwiku" dan "negaraku" dan mereka dapat menghafal dengan mudah. Cuma masalah yang saya hadapi adalah penjarian untuk melodian.Mereka lebih suka bermain mengikut gerak tari jari ikut hati sendiri tanpa memandang nota yang telah saya bagi Tindakan yang saya ambil adalah mengadakan latihan berulang kali.
Subscribe to:
Posts (Atom)