Total Pageviews

Tuesday 1 May 2012

Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Rendah



 Gambar Hiasan.... 



Pengajaran dan pembelajaran adalah satu aktiviti yang dirancang dan saling berkait yang mana ianya berlaku secara bersama satu ruang masa tertentu. Maksud pengajaran ialah implementasi kurikulum iaitu berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik darjah. Manakala pembelajaran pula adalah berkenaan bagaimana kita menganggap dan memahami dunia dan tentang membuat makna. lanya boleh dikategorikan mempunyai prinsip-prinsip seperti pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagisesuatu situasi.
Terdapat tiga fasa yang terkandung dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu fasa sebelum pengajaran, fasa semasa pengajaran dan fasa selepas pengajaran. Bagi fasa sebelum pengajaran ianya melibatkan peringkat penentuan kemahiran atau isi pelajaran yang ingin diajar serta penelitian kebolehan sedia ada murid. Selain itu ianya turut melibatkan peringkat penentuan objektif bagi sesuatu pengajaran dan pelajaran serta penentuan pendekatan mahupun kaedah kaedah, strategi dan teknik yang ingin digunakan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. lanya turut merupakan sebuah peringkat untuk memilih bahan sumber yang ingin digunakan.
Manakala fasa semasa pengajaran melibatkan peringkat perlaksanaa pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang telah dirancang. lanya turut melibatkan pengurusan kelas serta penggunaan bahan bantu mengajar yang telah dirancang sebelum ini. Seterusnya ialah fasa selepas pengajaran yakni peringkat untuk membuat penilaian pencapaian murid setelah berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran. la juga merupakan satu. peringkat penganalisan maklum balas murid terhadap penilaian yang dijalankan.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah melibat tiga kaedah utama iaitu pembelajaran secara kelas, pembelajaran secara kumpulan dan juga pembelajaran secara individu. Selain itu kaedah dan teknik yang disarankan untuk pengajaran dan pembelaiaran di bilik darjah bagi KSSR ialah dengan secara belajar sambil bermain, teknik penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran koperatif, inkuiri penemuan, pembelajaran di luar bilik darjah dan pembelajran secara tematik.

No comments:

Post a Comment