Tahun : 2
Tarikh : 11 Oktober 2011
Masa : 8.00 pagi – 8.30 pagi (30 minit)
Bilangan Murid : 9 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Tajuk : Jagalah Kebersihan
Isi | Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
GAMBARAN MENGENAI TAJUK PEMBELAJARAN Set Induksi 5 minit | Set Induksi (5 minit) 1.Guru membawa sabun mandi dan tuala ke dalam kelas 2.Guru meminta murid meneka tentang rutin harian menjaga kebersihan diri 3.Guru mengaitkan aktiviti set induksi dengan tajuk pelajaran yang hendak diajar. | KB : Menghubungkaitkan BCB : mendengar Aktif BBB : sabun mandi dan tuala mandi Ilmu: PJK |
VIDEO KLIP MENGISAHKAN PENYAKIT DENGGI AKIBAT TIDAK MEMBUANG SAMPAH DENGAN CARA YANG BETUL. Langkah 1 (10 minit) | 1.Guru memasang video klip tentang keburukan apabila tidak menjaga kebersihan. Guru meminta murid menghayati video klip tersebut. 2. Dalam kumpulan murid berbincang tentang apa yang mereka ketahui tentang ‘Penjagaan Kebersihan Diri’ berdasarkan gambar yang ditunjukkan. 3. Guru meminta wakil seorang muri untuk menyatakan apa yang telah dia paham tentang aspek ‘Penjagaan Kebersihan Diri’. Wakil | KB: Mengimbas kembali, menghubungkaitkan Nilai: kebersihan BBB: video klip ‘Denggi’ BCB : bercerita dan berbincang Ilmu: |
TEKS BACAAN (LIHAT LAMPIRAN) Langkah 2 (10 minit) | 1. Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan untuk mencari isi penting tentang ‘Cara Menjaga Kebersihan Diri’ mengikut kumpulan masing-masing. Murid menggaris dan mencatatkan isi-isi penting. 2. Guru memberikan teks bertajuk ‘Cara Menjaga Kebersihan Diri’ kepada setiap murid dalam kumpulan. 3. Murid membaca petikan secara mentalis atau membaca secara senyap. | BBB : petikan ‘Cara Menjaga Kebersihan Diri’ BCB: Membaca secara luncuran, perbincangan KP : Intrapersonal. KB: menganalisis, Meringkaskan Ilmu: PJK |
PENUTUP Langkah 3 ( 5 minit ) | Kognitif: 1.Guru membuat rumusan tentang apa yang murid telah pelajari. Sosial: 1.Guru mengucapkan tahniah kepada murid kerana telah berjaya mengikuti pelajaran hari ini. 2.Murid-murid akan menyanyikan lagu ‘Kebersihan Diri’ |
REFLEKSI
--> Semasa P&P : Semua murid seronok dengan tajuk yang saya ajar pada hari ini. Apabila ditanyakan soalan oleh guru, mereka dapat menjawab dengan mudah kerana tajuk berkaitan dengan amalan seharian mereka. Sepanjang 30 minit saya mengajar mereka aktiviti terlaksana dengan jayanya.
--> Kelemahan & Tindakan : Sepanjang proses p&p saya, cuma satu sahaja masalahnya iaitu keadaan kelas agak bising kerana masing-masing berebut ingin menjawab soalan daripada saya, yang saya telah janjikan markah bonus jika berjaya menjawab dengan betul. Namun masalah tersebut saya dapat atasi dengan mudah, iaitu menjanjikan juga akan ada penolakkan markah jika mereka berebut menjawab dan jawapan mereka salah. Akhirnya keadaan kelas terkawal. ^_^