Total Pageviews

Wednesday 25 April 2012

Muzik Untuk Semua



 KEPENTINGAN MUZIK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pendidikan Muzik boleh diterapkan merentasi kurikulum dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Konsep Seni muzik dalam pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tingg.

Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa seni muzik dalam pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripada tokoh-tokoh. Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. 

Oleh itu, muzik dalam pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Realitinya, kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung, kecerdasan lain akan hilang.