Solat ini dilakukan
untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan
mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan
dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya:
apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak
dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada
Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia
dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk
mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran
untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya,
walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal
kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’
lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah
bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam
keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa
ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar
kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah
tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
No comments:
Post a Comment