TAKRIF PERIBAHASA ZAINAL ABIDIN AHMAD Segala susunan
cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa
lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya
dipakainya sebutan sebutan- sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan
pengajaran. Ilmu Mengarang Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (1965)
TAKRIF PERIBAHASA ISHAK RAMLY Peribahasa adalah cabang
dalam sastera Melayu dan merupakan ikatan bahasa atau puisi Melayu kuno yang
bernilai sastera. Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu, Jurnal Dewan
Bahasa Januari 1990
TAKRIF
PERIBAHASA KERIS MAS Peribahasa adalah percakapan atau p p ujaran yang
mengandungi kebijaksanaan fikiran dan j pemerhatian, yang tersusun dalam bentuk
yang ringkas, indah, sedap y g g , , p didengar dan benar pada perasaan dan
fikiran. Perbincangan Gaya Bahasa Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (1988)
TAKRIF
PERIBAHASA ABDULLAH HUSSAIN Peribahasa itu sama tuanya dengan y g bahasa
sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai
mengenal peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang
baik dengan yang buruk perlu diadakan, untuk menjadi pendinding tatatertib
pergaulan dan perhubungan p g p g hidup sesama manusia. Kamus Istimewa
Peribahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (1989)
TAKRIF PERIBAHASA AWANG SARIYAN Peribahasa dalam sesuatu
bahasa mempunyai peranannya yang istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah
bahasa, bahkan lebih p penting daripada itu memancarkan pandangan hidup, nilai,
sikap, cara berfikir, dan kepekaan akal budi masyarakat pengguna
bahasa itu. Tikaman Bahasa, Mohd Adnan Mohd Ariffin, Dewan Bahasa dan Pustaka
(1992)
No comments:
Post a Comment