PDK BAU adalah Pusat Dalam Komuniti
yang paling tua di Daerah Bau. Ianya ditubuhkan pada 18 Jun 2003. Tapak pertama
PDK BAU adalah di Flat Majlis Daerah Bau, Jalan Bangalow, dan berpindah ke
tapak sekarang pada April 2008. Pada tahun 2012, PDK Bau mempunyai seramai 13
orang petugas ( staf ) dan seorang penyelia. Jumlah pelajar dibawah PDK Bau
untuk tahun 2012 adalah seramai 74 orang , dan kesemua mereka terdiri daripada
pelbagai agama,bangsa dan keturunan. Malahan mereka juga dari peringkat usia
seawal 3 bulan. Dalam bilangan 74 orang tersebut, seramai 15 orang daripada
mereka mendapat rawatan dirumah sahaja, di mana petugas akan pergi melawat dan
memberi pemulihan dan rawatan di rumah.
Objektif PDK Bau, Sarawak :
1.
Menggalakkan
sikap perihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam
program pemulihan orang kurang upaya ( OKU )
2.
Mengeksploitasikan
sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
3.
Menggalakkan
penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai
dengan keadaan setempat.
4.
Menggunakan
infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
5.
Mengambil
kira sumber ekonomi Negara dan membolehkan untuk diperluaskan perkhidmatan yang
menyeluruh mengikut keperluan OKU.
Thank you
ReplyDeletemost welcome to you too :)
ReplyDelete