Total Pageviews

Tuesday 3 April 2012

DISLEKSIA

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

DISLEKSIA
  • Disleksia didefinasikan ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsir kod ayat.
CIRI-CIRI TINGKAH LAKU:
  • Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis dan mengeja (Sanders dan Myers.1996).
  • Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitu disleksia visual melibatkan deria penglihatan, disleksia melibatkan pendengaran dan disleksia visual auditori yang melibatkan penglihatan dan pendengaran.
  • Perkembangan fizikal,mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh.
  • Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang.
  • mempunyai daya pengamatan, pendengaran dan penglihatan yang lemah.
  • Kekeliruan di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.
  • Semasa membaca pula, mereka sering berpua-pura membaca dan menunjukkan teks semasa membaca.
  • Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti di bawah;
  - Keliru kedudukan perkataan
  - Pembalikan perkataan
  - Keliru b.inggeris dengan b.melayu
  - Penambahan huruf
  - Kependekan perkataan
  - Pembalikan huruf dalam perkataan


4 comments:

  1. salam cikgu..
    penuh blog cikgu...
    keep up the good work..
    jemput2 la singgah ke blog saya,

    http://permatapendidik.blogspot.com/
    Terima kasih.. =)

    ReplyDelete
  2. SALAM sejahtera cikgu..terima kasih krn sudi singgah di sini yer...OK..lpas ni i'coming home!hehehe

    ReplyDelete
  3. lagu sedih sangat ni cikgu.. =(

    ReplyDelete
  4. Salam bahagia. Blog cikgu cukup menarik. Banyak hiasan/aksesori. Bahan-bahannya baik untuk perkongsian ilmu. Syabas! Teruskan usaha mu...

    ReplyDelete