Total Pageviews

Friday 14 October 2011

Kemahiran Dan Teknik Asas Permainan Alat Perkusi


CARA BERMAIN DRAM BES
Dram bes menggunakan “stand” atau digantung dan disandarkan pada bahagian perut pemain. Ia menggunakan pemukul khas. Paluan bahagian tengah muka dram pad kiri dan kanan. Dram juga boleh dipalu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.




















CARA BERMAIN DRAM TENOR

Dram tenor mempunyai dua permukaan berkulit. Saiz dram tenor adalah besar sedikit daripada dram getar. Sepasang pemukul digunakan untuk memainkannya. Dram tenor tidak mempunyai gegetar.

Cara mengendali dan memainkan dram tenor :
  1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan tidak rapat dengan badan dram, atau
  2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang.
  3. Pegang kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
  4. Gunakan pemukul khas (mallet) dan palu permukaan dram sebelah atas


















CARA BERMAIN DRAM GETAR

Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan bawahnya terdapat gegetar yang bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu pemukul digunakan untuk memainkannya.

Cara mengendali dan memainkan dram getar :
  1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau
  2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja)
  3. Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
  4. Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.


















CARA BERMAIN LOCENG

Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.

Cara memegang dan memainkan loceng :
  1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
  2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.


















CARA MEMEGANG DAN BERMAIN KAYU TIK TOK

Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.
Cara memegang dan memainkan tik-tok
  1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
  2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.




















CARA BERMAIN TAMBORIN
 
Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
  1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
  2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.

No comments:

Post a Comment