Total Pageviews

Wednesday, 24 October 2012

JKMM...Apa ye....Jom baca!!! :)


Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) telah ditubuhkan pada tahun 1946. Dalam jangka masa 62 tahun, JKMM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara.

Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu isu sosial serta pembangunan masyarakat.

Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam ia telah di tempatkan di bawah beberapa kementerian iaitu :

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya (1946 - 1951),
Kementerian Perusahaan dan Perhubungan Sosial (1952 - 1955),
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat (1956 - 1957),
Kementerian Buruh danKebajikan Masyarakat (1958 - 1959),
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat(1960 - 1962),
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat (1963),
Kementerian Kebajikan Am (1964),
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia (1982),
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat(1990)

Mulai tahun 2004 hingga kini JKMM diletakkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Walaupun evolusi penjenamaan perkhidmatan kebajikan di bawah kementerian-kementerian  silih berganti tetapi tidak merubah konsep asal pembentukan jabatan ini iaitu berteraskan konsep kerja sosial.
JKMM (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ) adalah sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jabatan ini bertanggungjawab terhadap kebajikan serta kepentingan golongan yang memerlukan bantuan, yang melarat, golongan kurang upaya termasuk yang mengalami kecacatan fizikal, golongan wanita teraniya serta ibu-ibu tungal dan golongan kanak-kanak yang memerlukan pengawasan khas seperti yang ditafsirkan oleh mahkamah atau mana-mana badan berkenaan yang lain kerajaan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia juga menyediakan program latihan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di institusi-institusi Jabatan.

JKMM juga mengeluarkan kad pengenalan yang dikenali sebagai Kad kenal Diri Orang Kurang Upaya yang memberi beberapa keistimewaan dan kemudahan kepada pemiliknya. Kad ini hanya boleh dibuat di JKMM Negeri atau daerah-daerah tempat tinggal orang kurang upaya tersebut.

JKMM juga memberi peluang kepada murid berkeperluan khas yang tidak dapat mengikuti pembelajaran di sekolah kerajaan kerana mengalami kecacatan yang serius mendapat pendidikan dan intervensi awal dengan mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) dan seterusnya mendapat peluang pekerjaan di sektor awam atau sector swasta selepas tamat pengajian/pendidikan.



Saturday, 20 October 2012

Terapi Kerja


TERAPI CARA KERJA
 Perkhidmatan terapi cara kerja melibatkan penilaian awal, perancangan, intervensi dan penilaian akhir kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Perkhidmatan ini melibatkan aktiviti seperti:

·          Menjalankan penilaian berstruktur kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus
·          Berfokus kepada aktiviti kemahiran motor halus dalam pembelajaran kanak-kanak seperti memegang pensel, menggunting, aktiviti seni lukis, memanik dan aktiviti koordinasi mata dan tangan
·          Menjalankan terapi secara individu bagi menilai kemahiran motor halus dan aktiviti yang melibatkan manipulasi tangan
·          Menjalankan terapi secara berkumpulan dengan memerhatikan kemahiran pergerakan dan imbangan badan kanak-kanak semasa melakukan aktiviti kemahiran motor kasar ketika bermain bersama rakan
·          Menjalankan pemantauan ke sekolah yang mempunyai kanak-kanak masalah fizikal serta memberi cadangan yang membantu kepada guru atau pihak sekolah tentang keperluan kanak-kanak tersebut

PROSES PERKHIDMATAN TERAPI CARA KERJA
 Penilaian awal
·         Menjalankan proses temubual bersama ibu bapa atau penjaga untuk mengumpul maklumat klien
·         Menjalankan pemerhatian berstruktur terhadap klien untuk mengenalpasti masalah spesifik yang boleh dibantu daripada segi terapi cara kerja 

PERANCANGAN 
·          
Intervensi
·         Melaksanakan intervensi terapi cara kerja mengikut perancangan berkala
·         Memerhatikan perkembangan klien selepas intervensi terapi cara kerja dijalankan secara berkala
·         Melakukan lawatan ke sekolah untuk memantau aktiviti klien serta persekitarannya di sekolah
 Penilaian akhir  
·         Menilai keberkesanan intervensi terapi cara kerja yang telah dilaksanakan
·         Membuat penambahbaikan intervensi mengikut keperluan dan keutamaan klien



Wednesday, 10 October 2012

Masalah Pembelajaran ( Kanak-kanak Lembam )


MASALAH PEMBELAJARAN (SLOW LEARNER)
CADANGAN INTERVENSI DAN KHIDMAT SOKONGAN

1.Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid.

Bersangkutan itu, penyediaan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut menarik minat murid-murid seperti Siti Hajjar untuk terus fokus kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik.

2.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lembam akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individu bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung.

Pemilihan kaedah dan khidmat sokongan yang sesuai membantu kanak-kanak lembam untuk mengikuti pengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang boleh digunapakai adalah seperti berikut;

a)Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
Menurut Meese (2001), kanak-kanak lembam memerlukan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). RPI adalah satu perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut. RPI juga turut merangkumi pandangan keluarga dan kanak-kanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan.

b)Pengajaran Secara Individu
Zakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran secara individu akan berlangsung dalam RPI kerana mereka memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya. Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran individu kepada empat, iaitu Munsyi atau “tutoring”, kursus melalui pos, Rancangan Berunit Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer. Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas murid lembam kerana tidak bersesuaian dengan tahap murid tersebut.

c)Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit
Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka.

d)Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‘Power Point’ dalam komputer dan ‘electronic dictionary’ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang ‘stereotype’. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986).

e)Terapi Hidro
Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.

f)Cara Kerja
Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down, disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.

g)Perkhidmatan Pemulihan
Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap khidmat sokongan dalam konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pendekatan pelbagai disiplin untuk Orang Kurang Upaya(OKU). Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luar institusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat, persekitarannya dan setursnya membolehkan mereka berdikari daripada segi ekonomi dan sosial. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan, rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan merka sebagai ahli masyarakat yang produktif. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujugkan kelas-kelas khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan meraka. Contohnya seperti Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas. Pendidikan yang mana di sediakan untuk mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas ini. Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula, wujud pelbagai pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. PJPHR adalah pusat jagaan harian dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. Di antara program yang dijalankan di PJPHR ialah penjagaan harian, terapi multisensori, perkembangan awal kanak-kanak, pendidikan kanak-kanak lembam, pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh pakar perubatan mempunyai masalah-masalah seperti autisme, spastik, hiperaktif, lembam, serebral palsi, sindrom down dan terencat akal.


Wednesday, 3 October 2012

Reda kan Jiwa!!

Diam merupakan sebuah keputusan hukum.. 
sebaik baik perkataan adalah yang sedikit.. 
Namun dapat menjadi petunjuk.. 
Keselamatan sesaorang..terletak pada penjagaan lisannya… 
Siapa yang manis lisannya, pasti akan ramai kawannya..



Monday, 1 October 2012

Sejarah Islam di Korea

Dianggarkan terdapat seramai 45,000 orang penganut agama Islam di Korea,[1] tidak termasuk pekerja-pekerja hijrahan tetap. Islam juga merupakan agama yang berkembang dengan pantas di Korea Selatan.[2] Termasuk juga pekerja-pekerja Korea yang memeluk agama Islam yang pulang dari negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.
Di Korea Selatan, populasi orang Islam semakin meningkat sejak pengenalan agama tersebut tidak lama selepas Perang Korea. Masyarakat Islam (kelahiran Korea dan asing) tertumpu di sekitar Seoul yang menempatkan masjid besar kurun ke-20 pertama yang dibina pada tahun 1976 dengan pembiayaan oleh Misi Dakwah Islam Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.
Terdapat pertumbuhan perlahan tetapi nyata penghijrahan orang-orang Timur Tengah (Iran, Iraq, Kuwait dan Qatar) beserta Pakistan dan Malaysia ke Korea Selatan yang majoritinya beragama Islam semasa tahun 1990-an dan 2000-an, selalunya datang sebagai pekerja undangan ke negara ini.
Dipercayai bahawa tiada kehadiran nyata Islam di Korea Utara yang kegiatan keagamaan berautonomi secara umumnya hampir tidak wujud. Di sebalik fakta bahawa orang Islam Korea adalah masyarakat yang kecil, mereka merupakan sebahagian daripada struktur pelbagai agama masyarakat Korea yang melibatkan penganut agama Buddha, ajaran Tao dan agama Kristian.

Wednesday, 26 September 2012

Sabun Beras 3-1...ORDER now... ^_^



Sabun Susu Beras Collagen ini mempunyai fungsi untuk mencerahkan kulit wajah/ badan dari bekas-bekas hitam .
♥ 100% ORIGINAL dari susu beras mutiara dengan aroma wangi susu yang harum, lembut dan .
dengan busa yang sangat halus dan dapat menjadikan kulit lebih putih cerah, cantik dan bersih .
Sangat bagus untuk membersihkan daki-daki pada bagian kulit yang sering terlindung seperti: .
1. Bagian ketiak .
2. Bagian siku & lutut .
3. Bagian tengkuk & celah paha .
.
Berikut adalah nilai plus dari Sabun Susu Beras Ini: .
♥ Produk kecantikan dari bahan alami .
♥ tiada mengandung bahan kimia .
♥ produk ORIGINAL dari thailand .
♥ membersihkan dan mencerahkan kulit .
♥ menghilangkan bintik-bintik hitam .
♥ menghaluskan kulit .
♥ membuat kulit lembab berseri-seri .
♥ berfungsi untuk menjadikan kulit lebih halus, bebas kotoran, dan kenyal .
♥ menghilangkan bekas jerawat dan jerawat .
♥ Berfungsi menanggalkan bekas make up pada wajah .
♥ Berfungsi mencerahkan ketiak hitam, celah-celah paha dan lutut, serta siku hitam .
♥ Aman untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering dan kulit sensitif .
♥ Dapat digunakan untuk kulit wajah dan tubuh .
♥ Dapat menghilangkan Bau Badan .
.
Fungsi untuk kulit wajah: .
♥ Khasiat susu dan beras membuatkan kulit muka Anda lebih cerah dan lembut .
♥ Menghilangkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati .
♥ Membantu menghilangkan jerawat & kulit berminyak .
♥ Bisa digunakan sebagai pencuci muka untuk membersihkan make up pada kulit wajah .
.
Fungsi untuk kulit tubuh: .
♥ Menghilangkan bekas hitam di ketiak, siku dan selangkangan paha, dll. .
♥ Memberi kesegaran sepanjang hari .
♥ Menghilangkan bau badan .
.
Cara Penggunaan: .
Gosok seperti pencuci muka dan sabun badan selama 2-3 menit kemudian bilas. .
Gunakan pada muka & badan setiap hari untuk hasil yang memuaskan. .
Bahan Aktif: Susu Rice Extract, Vitamin B3, Vitamin E, minyak zaitun, Minyak Sawit, Gliserin Alam,Mutiara. .

Tuesday, 14 August 2012

Sejarah Kek Lapis SARAWAK ^_^


Menyingkap Sejarah Kek Lapis Sarawak

DULU pembuatan kek lapis hanyalah hobi biasa di kalangan wanita di Sarawak khasnya wanita Melayu yang bertungkus lumus menyediakan juadah terutama menjelang Aidilfitri. Namun pada dekad 1990-an, kek lapis mula sinonim dengan Sarawak kerana hampir setiap pelancong yang berkunjung ke Bumi Kenyalang pasti membeli kek itu sebagai ‘ole-ole’ untuk dibawa pulang.

Kelebihan utama kek lapis Sarawak ialah pakej motif dan coraknya yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa, di samping teksturnya yang lembap namun pejal.

Tidak dinafikan ia juga versatil dan boleh dihidangkan untuk pelbagai majlis, bukan saja untuk perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Deepavali dan sebagainya, malah untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, hadiah dan ‘ole-ole’.

Menyingkap sejarah kek lapis, dipercayai berasal dari Indonesia namun juadah itu mula diperkenal serta mendapat tempat di kalangan penduduk Sarawak sekitar tahun 1980-an.

Sejak itu, kek lapis kian sinonim dengan Sarawak, malah kek lapis Sarawak yang dihasilkan jauh lebih sedap daripada kek lapis negara jiran itu, kerana bahan yang digunakan lebih pelbagai dan mutunya juga lebih baik.

Setelah 30 tahun berlalu, kek lapis Sarawak semakin popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan, malah menerima banyak tempahan dari Semenanjung, Sabah, Brunei dan Singapura.

Saturday, 23 June 2012

Internet..I Like !!!


SEJARAH RINGKAS INTERNET DI MALAYSIA 

Pada tahun 1987, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan. Universiti-universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringkat awal. Ianya terus berkembang dengan sokongan dan perhatian dari pihak swasta. Tumpuan awal penggunaan RangKoM ialah pada mel dan forum elektronik, walaupun ia mempunyai keupayaan komunikasi dan perkongsian sumber. Projek RangKoM bukan sahaja memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia juga mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan teknologi rangkaian komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya.


Berdasarkan kepada pengalaman ini, program JARING telah dirumuskan, dan ianya dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuan untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara bersepadu dan lebih menyeluruh. Secara praktiknya, segala kegiatan dan pengalaman projek RangKoM telah diserapkan ke dalam projek JARING.

Friday, 18 May 2012

Sains Untuk WANITA_Kitaran Haid


Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid. 

Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina. 

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid  bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.

Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas. 

Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml.

Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh wanita tersebut. Mereka yang mengalami masalah tersebut yang berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temubual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan produk atau ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut

Sunday, 13 May 2012

TAKRIF PERIBAHASA


TAKRIF PERIBAHASA ZAINAL ABIDIN AHMAD Segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakainya sebutan sebutan- sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Ilmu Mengarang Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (1965)

TAKRIF PERIBAHASA ISHAK RAMLY Peribahasa adalah cabang dalam sastera Melayu dan merupakan ikatan bahasa atau puisi Melayu kuno yang bernilai sastera. Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu, Jurnal Dewan Bahasa Januari 1990

TAKRIF PERIBAHASA KERIS MAS Peribahasa adalah percakapan atau p p ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan j pemerhatian, yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap y g g , , p didengar dan benar pada perasaan dan fikiran. Perbincangan Gaya Bahasa Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (1988)

TAKRIF PERIBAHASA ABDULLAH HUSSAIN Peribahasa itu sama tuanya dengan y g bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai mengenal peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dengan yang buruk perlu diadakan, untuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan perhubungan p g p g hidup sesama manusia. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (1989)

TAKRIF PERIBAHASA AWANG SARIYAN Peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya yang istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah bahasa, bahkan lebih p penting daripada itu memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir, dan kepekaan akal budi  masyarakat pengguna bahasa itu. Tikaman Bahasa, Mohd Adnan Mohd Ariffin, Dewan Bahasa dan Pustaka (1992)










Tuesday, 1 May 2012

Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Rendah



 Gambar Hiasan.... 



Pengajaran dan pembelajaran adalah satu aktiviti yang dirancang dan saling berkait yang mana ianya berlaku secara bersama satu ruang masa tertentu. Maksud pengajaran ialah implementasi kurikulum iaitu berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik darjah. Manakala pembelajaran pula adalah berkenaan bagaimana kita menganggap dan memahami dunia dan tentang membuat makna. lanya boleh dikategorikan mempunyai prinsip-prinsip seperti pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagisesuatu situasi.
Terdapat tiga fasa yang terkandung dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu fasa sebelum pengajaran, fasa semasa pengajaran dan fasa selepas pengajaran. Bagi fasa sebelum pengajaran ianya melibatkan peringkat penentuan kemahiran atau isi pelajaran yang ingin diajar serta penelitian kebolehan sedia ada murid. Selain itu ianya turut melibatkan peringkat penentuan objektif bagi sesuatu pengajaran dan pelajaran serta penentuan pendekatan mahupun kaedah kaedah, strategi dan teknik yang ingin digunakan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. lanya turut merupakan sebuah peringkat untuk memilih bahan sumber yang ingin digunakan.
Manakala fasa semasa pengajaran melibatkan peringkat perlaksanaa pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang telah dirancang. lanya turut melibatkan pengurusan kelas serta penggunaan bahan bantu mengajar yang telah dirancang sebelum ini. Seterusnya ialah fasa selepas pengajaran yakni peringkat untuk membuat penilaian pencapaian murid setelah berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran. la juga merupakan satu. peringkat penganalisan maklum balas murid terhadap penilaian yang dijalankan.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah melibat tiga kaedah utama iaitu pembelajaran secara kelas, pembelajaran secara kumpulan dan juga pembelajaran secara individu. Selain itu kaedah dan teknik yang disarankan untuk pengajaran dan pembelaiaran di bilik darjah bagi KSSR ialah dengan secara belajar sambil bermain, teknik penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran koperatif, inkuiri penemuan, pembelajaran di luar bilik darjah dan pembelajran secara tematik.

Wednesday, 25 April 2012

Muzik Untuk Semua



 KEPENTINGAN MUZIK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pendidikan Muzik boleh diterapkan merentasi kurikulum dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Konsep Seni muzik dalam pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tingg.

Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa seni muzik dalam pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripada tokoh-tokoh. Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. 

Oleh itu, muzik dalam pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Realitinya, kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung, kecerdasan lain akan hilang.

Thursday, 12 April 2012

TEORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

  1. Teori pembelajaran yang diperkenalkan bukan sahaja memberi implikasi dalam P&P kanak-kanak normal, namun ia turut mencakupi kanak- kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang mengalalami masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran.
  2. Bagi guru-guru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia khas, semestinya mereka telah memahami dan begitu arif tentang pengubahsuaian kurikulum berdasarkan kognitif dan tahap keabnormalan murid- murid. Malah, jika diteliti dan dihayati, pengajaran terhadap kanak-kanak khas juga banyak mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang diutarakan.
  3. Dalam mengajar kanak- kanak berkeperluan khas, pengaplikasian teori ini amat tepat dengan situasinya. Jika kita melihat kepada masalah kanak-kanak khas yang kebanyakkannya tidak tahu membaca, pendekatan teori ini mampu meningkatkan sedikit ransangan mereka agar terus berminat dalam mengikuti pembelajaran. Berdasarkan Teori Behavioris tersebut juga, guru-guru boleh menggunakan peneguhan positif atau negatif bagi meransang murid-murid berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca. Seelok-eloknya, guru perlu memberi ganjaran atau hadiah kepada murid-murid yang menguasai kemahiran tersebut. Sebagai contoh, seorang guru memberikan coklat kepada muridnya yang mampu membaca huruf ‘a’ hingga ‘h’ dengan betul. Kaedah ini akan memberikan motivasi kepada kanak-kanak lain untuk mencuba dan kanak-kanak yang memperoleh peneguhan tersebut untuk terus menguasai huruf seterusnya.
  4. Malah, berdasarkan hukum pembelajaran yang terdapat dalam Teori Behavioris tersebut, seseorang guru perlulah membuat persiapan sebelum mengajar. Sediakan BBM yang menarik, ransangan yang sesuai dan teknik pendekatan yang praktikal. Selain daripada itu juga, guru perlu memastikan tahap kesediaan murid. Bagi mengetahui tahap murid-murid, gunakan waktu set induksi untuk berinteraksi dan bertanyakan hal-hal umum kepada murid- murid. Contohnya, guru bertanyakan apakah yang dilakukan oleh anak muridnya yang mengalami masalah hiperaktif. Guru perlu memberikan respon yang spesifik dan kerap. Hal ini kerana murid-murid khas sentiasa memerlukan perhatian dan respon agar mereka dapat meningkatkan tahap kelakuan kearah yang lebih positif.

Tuesday, 3 April 2012

DISLEKSIA

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

DISLEKSIA
  • Disleksia didefinasikan ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsir kod ayat.
CIRI-CIRI TINGKAH LAKU:
  • Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis dan mengeja (Sanders dan Myers.1996).
  • Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitu disleksia visual melibatkan deria penglihatan, disleksia melibatkan pendengaran dan disleksia visual auditori yang melibatkan penglihatan dan pendengaran.
  • Perkembangan fizikal,mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh.
  • Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang.
  • mempunyai daya pengamatan, pendengaran dan penglihatan yang lemah.
  • Kekeliruan di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.
  • Semasa membaca pula, mereka sering berpua-pura membaca dan menunjukkan teks semasa membaca.
  • Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti di bawah;
  - Keliru kedudukan perkataan
  - Pembalikan perkataan
  - Keliru b.inggeris dengan b.melayu
  - Penambahan huruf
  - Kependekan perkataan
  - Pembalikan huruf dalam perkataan