KEPENTINGAN MUZIK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pendidikan Muzik boleh diterapkan merentasi
kurikulum dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Konsep Seni muzik dalam pendidikan memainkan
peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya
persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan
individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa
kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tingg.
Terdapat
beberapa pandangan yang menyokong bahawa seni muzik dalam pendidikan memberi
manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripada
tokoh-tokoh. Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh
pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif.
Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran
yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti
meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan.
Oleh itu, muzik dalam pendidikan boleh dijadikan
sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan
kreatif. Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan
bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya
disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di
sekolah. Realitinya, kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan terhadap
kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung,
kecerdasan lain akan hilang.
No comments:
Post a Comment