Total Pageviews

Friday 3 May 2013

KONSEP MURID BERKEPERLUAN KHAS



Pendidikan khas adalah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid berkeperluan khas.Ini termasuklah penggunaan bahan-bahan khas,peralatan khas,peralatan khas,teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.Ia bertujuan untuk memdidik dan membentuk murid-murid melalui:
·         Perkembangan mental
·         Kestabilan emosi
·         Integrasi sosial

Terlebih dahulu amat penting untuk kita menjelaskan apakah maksud “murid berkeperluan khas.Terdapat beberpa perspektif yang boleh kita pertimbangkan dalam mengelaskan murid berkeperluan khas iaitu kategori masalah dan masalah khusus.

Menurut perspektif pertama,antara kategori masalah termasuklah:-
v  Perubatan.Misalnya penyakit serius seperti kanser,jantung berlubang,distrofis otot, keadaan kronik seperti lelah, kencing manis, keadaan congenital seperti palsi serebrum, ancaman kesihatan seperti obesity dan sebagainya.
v  Pembelajaran.Misalnya:disleksia,kecelaruan pertuturan bahasa.
v  Perkembangan. Misalnya: autisme, down syndrome, kecacatan akal, perkembangan lewat.
v  Tingkahlaku.Misalnya: ADHD,ADD,hiperaktif
v  Kesihatan mental.Misalnya :kebimbangan yang serius, kemurungan.

Manakala dari perspektif kedua pula,murid berkeperluan khas boleh dikategorikan mengikut - masalah yang dialami seperti berikut:
Ø  Masalah pendengaran
Ø  Masalah penglihatan
Ø  Masalah pembelajaran
Ø  Masalah tingkahlaku
Ø  Masalah pertuturan
Ø  Spastik(cerebral palsy)
Ø  Terencat akal
Ø  Cacat anggota

Sejak kebelakangan ini,terdapat dua kategori tambahan iaitu pintar cerdas dan berbakat dan berisiko (children at-risk). Murid-murid berisiko tidak mempunyai kecacatan, tetapi kemungkinan besar mengalami kesukaran belajar,bergaul dan bersosialisasi dalam bilik darjah biasa, gagal pelajaran dan lain-lain lagi.
Amat penting untuk kita ketahui bahawa hala tuju pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas masa kini kea rah mengintegrasikan mereka dalam sekolah aliran biasa.Golongan murid tersebut sememangnya berhak untuk belaajr bersama-sama rakan-rakan sebaya yang normal di sekolah biasa.

PUNCA-PUNCA KECACATAN

*      Keturunan atau genetik

Mengikut kebiasaannya kes ini,terdapat beberapa ahli keluarga yang megalami masalah-masalah yang sama.Oleh itu,boleh disimpuklan bahawa ianya boleh diwarisi Cuma yang membezakan ialah darjah keterukkannya atau keseriusannya.Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia  disebabkan oleh keromosom 15,1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun temurun.

*      Biologi

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan.Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar.

*      Kematangan

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam system saraf.Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan.Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.