Total Pageviews

Monday 12 December 2011

RANCANGAN PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK ~ TAHUN 3


Tajuk       : Ke Pasar Minggu
Tempoh  :  1 waktu ( 30 minit )
Fokus      : Corak irama
                   Bunyi panjang -pendek
 Standard Kandungan

Modul 1: Pengalaman Muzikal
1.3  Membuat gerakan mengikut muzik

Modul 3 : Apresiasi Muzik
3.1  Menghayati muzik daripada pelbagai repertoir

  Standard  Pembelajaran

1.3.2  Membuat gerakan berdasarkan lirik dan mud muzik
           - lagu aksi (action song)
3.1.2  Mengenal pasti mud, tempo, tekstur, dan dinamik daripada muzik yang didengar
          -  mud (sedih dan riang)

BBM  :  CD1Track 23 , Carta lagu, Perkusi

SDK:   1.1.1  Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau
1.1.3  Menggunakan alat, radas, bahan, instrument atau specimen yang sesuai
1.1.7  Mendapatkan makna dengan betul
1.2.1  Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul
2.1.1  Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak
2.2.2  Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik
3.1.1  Menokok tambah idea
3.1.2  Mengubah suai idea
4.1.2  Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami


Pengetahuan Sedia ada:  Murid pernah menyanyi lagu “Ke Pasar Minggu”.



LANGKAH

CADANGAN AKTIVITI

BBM

FASA SDK


Set Induksi

1.      Berbincang tentang lagu “ Ke Pasar Minggu ” yang pernah dipelajari pada sesi pembelajaran terdahulu.

      2. Menyanyi lagu  dengan postur yang betul.



Carta lagu

CD Lagu



Fasa Persediaan


1.1.1

1.1.3

1.1.4

1.1.7

1.2.1




Langkah 1





  1. Guru menepuk pola irama bar 1 dan 2 serta 9 dan 10 dengan sebutan ‘ta’ dan  ‘ma’ sambil menepuk detik.

  1. Murid mengajuk pola irama yang diberi guru dengan sebutan seperti ‘ta’ dan ‘ma’ sambil menepuk detik.

  1. Guru dan murid menepuk pola irama bersama-sama.





Langkah 2






  1. Guru menunjukkan carta lagu "Ke Pasar Minggu"

  1. Murid mendengar dan memberi tumpuan kepada lagu itu.

  1. Murid mendengar dan menepuk detik lagu  dengan bimbingan guru.(menepuk meja)


Carta lagu

CD 1 Track 23




Langkah 3

  1. Murid mengenal pasti bunyi panjang –pendek yang terdapat dalam lagu.

  1. Guru bersoal jawab dengan murid    tentang corak irama yang mereka dengar dari radio.






CD 1








Fasa Imaginasi

2.1.1

2.2.2



Langkah 4

  1. Murid menyanyi sambil melakukan gerakan mengikut lirik lagu
  1. Guru meminta murid untuk membanding beza bunyi panjang pendek yang terdapat dalam lagu.


CD1 Track 23

Penutup

  1. Murid menyanyikan lagu “Ke Pasar Minggu”  bersama iringan muzik.

  1. Murid memainkan perkusi bagi mengiringi lagu mengikut corak irama yang telah dihasilkan.


CD Lagu

Perkusi

Fasa Tindakan

4.1.2

REFLEKSI

Semasa proses pengajaran & pembelajaran ~ Ketika p&p dijalankan, guru tidak mengalami banyak masalah kerana murid-murid memang sudah terdedah dan ada pengetahuan sedia ada kepada aktiviti seperti yang dirancangkan dalam RPH ini. Aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar dan guru dapat mewujudkan suasana yang menyeronokan.

Masalah & penambahbaikan ~ Masalah yang dihadapi cuma alatan muzik yang terhad di sekolah saya, dan juga bilangan murid yang sedikit di dalam kelas. Keadaan ini membuatkan ada ahli kumpulan yang tidak mencukupi dan aktiviti gerakan agak terbatas tetapi saya cuba untuk mengatasi masalah ini dengan sebaiknya iaitu meminta murid yang sama untuk masuk dalam kumpulan kawan-kawan mereka yang lain, dan murid yang dipilih adalah di kalangan pelajar saya yang agak kurang aktif. Ini bertujuan bagi menanam minat dan semangat nya untuk meminati aktiviti ini dan penambahbaikan yang dilakukan adalah mengadakan beberapa pertandingan yang melibatkan semua murid walaupun mereka terdiri dalam kumpulan kurang menguasai aktiviti ini.

No comments:

Post a Comment