Total Pageviews

Sunday 4 November 2012

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Dasar kebudayaan kebangsaan definisi kebudayaan keseluruhan cara hidup manusia. Kepentingan kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan negara di malaysia di mana keperibadian malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.


Dasar Kebudayaan Kebangsaan   telah diperkenalkan pada  tahun 1971  di  Malaysia, lahir daripada  gagasan Kongres  Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama Islam.


Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekal identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.


Kerjasama dari Kementerian Kebudayaan Kesenian dan  Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting  dalam pelaksanaan dasar ini. Hal ini termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan- jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.


Kesimpulannya, dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.Dasar kebudayaan kebangsaan merupakan salah satu dasar yang dibina oleh kerajaan Malaysia yang mampu menyatukan rakyat Malaysia dari sudut kebudayaan. Ia secara tidak langsung mempu menggambarkan keharmonian dan penyatuan masyarakat Malaysia meskipun rakyat Malaysia berbeza agama dan pegangan masing masing. Tuntasnya dasar kebudayaan ini mampu mewujudkan sebuah Negara yang lebih makmur dan memiliki masyarakat  yang lebih  hormat -menghormati.





No comments:

Post a Comment