Total Pageviews

Sunday, 23 October 2011

Asas Muzik

Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.


    * ( Gambar Hiasan )

Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk nilai sosialisasi.Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni. 

* ( Gambar Hiasan-Persembahan muzik masyarakat di Malaysia )

Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid.

Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni.