Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia (JKMM) telah ditubuhkan pada tahun 1946. Dalam jangka masa
62 tahun, JKMM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam
pembangunan negara.
Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai
masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi jabatan ini
telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu isu
sosial serta pembangunan masyarakat.
Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan
peranan penting dalam ia telah di tempatkan di bawah beberapa kementerian iaitu
:
Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaya (1946 - 1951),
Kementerian
Perusahaan dan Perhubungan Sosial (1952 - 1955),
Kementerian
Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat (1956 - 1957),
Kementerian Buruh
danKebajikan Masyarakat (1958 - 1959),
Kementerian
Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat(1960 - 1962),
Kementerian Buruh
dan Kebajikan Masyarakat (1963),
Kementerian
Kebajikan Am (1964),
Kementerian
Kebajikan Masyarakat Malaysia (1982),
Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat(1990)
Mulai tahun 2004 hingga kini JKMM diletakkan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Walaupun evolusi
penjenamaan perkhidmatan kebajikan di bawah kementerian-kementerian silih
berganti tetapi tidak merubah konsep asal pembentukan jabatan ini iaitu
berteraskan konsep kerja sosial.
JKMM
(Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ) adalah
sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat. Jabatan ini bertanggungjawab terhadap kebajikan serta
kepentingan golongan yang memerlukan bantuan, yang melarat, golongan kurang
upaya termasuk yang mengalami kecacatan fizikal, golongan wanita teraniya serta
ibu-ibu tungal dan golongan kanak-kanak yang memerlukan pengawasan khas seperti
yang ditafsirkan oleh mahkamah atau mana-mana badan berkenaan yang lain
kerajaan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia juga menyediakan program latihan kepada
kanak-kanak berkeperluan khas dengan menyediakan program latihan kemahiran dan
pemulihan diri di institusi-institusi Jabatan.
JKMM juga mengeluarkan kad pengenalan yang dikenali
sebagai Kad kenal Diri Orang Kurang Upaya yang memberi
beberapa keistimewaan dan kemudahan kepada pemiliknya. Kad ini hanya boleh
dibuat di JKMM Negeri atau daerah-daerah tempat tinggal orang
kurang upaya tersebut.
JKMM juga memberi peluang kepada murid
berkeperluan khas yang tidak dapat mengikuti pembelajaran di sekolah kerajaan
kerana mengalami kecacatan yang serius mendapat pendidikan dan intervensi awal
dengan mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) dan
seterusnya mendapat peluang pekerjaan di sektor awam atau sector swasta selepas
tamat pengajian/pendidikan.
No comments:
Post a Comment