Total Pageviews

Saturday, 26 November 2011

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU ~ ( ii )

Tahun                          : 2
Tarikh                          : 11 Oktober 2011
Masa                           : 8.00 pagi – 8.30 pagi (30 minit)
Bilangan Murid            : 9 orang
Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tema                           : Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Tajuk                           : Jagalah Kebersihan

Isi


Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan


GAMBARAN
MENGENAI
TAJUK
PEMBELAJARAN

Set Induksi 5 minit




Set Induksi (5 minit)
1.Guru membawa sabun mandi dan tuala ke
dalam kelas
2.Guru meminta murid meneka tentang rutin
harian menjaga kebersihan diri
3.Guru mengaitkan aktiviti set induksi dengan
tajuk pelajaran yang hendak diajar.


KB :
Menghubungkaitkan

BCB : mendengar
Aktif

BBB : sabun mandi
dan tuala mandi

Ilmu:
PJK





VIDEO KLIP
MENGISAHKAN
PENYAKIT
DENGGI AKIBAT
TIDAK
MEMBUANG
SAMPAH
DENGAN CARA
YANG BETUL.

Langkah 1 (10 minit)




1.Guru memasang video klip tentang keburukan
apabila tidak menjaga kebersihan. Guru meminta
murid menghayati video klip tersebut.

2. Dalam kumpulan murid berbincang tentang apa yang mereka ketahui tentang
‘Penjagaan Kebersihan Diri’ berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

3. Guru meminta wakil seorang muri untuk
menyatakan apa yang telah dia paham tentang aspek ‘Penjagaan Kebersihan Diri’. Wakil




KB:
Mengimbas
kembali,
menghubungkaitkan

Nilai: kebersihan
BBB: video klip
‘Denggi’

BCB : bercerita dan
berbincang
Ilmu:





TEKS BACAAN
(LIHAT
LAMPIRAN)


Langkah 2 (10 minit)



1. Guru meminta murid berbincang dalam
kumpulan untuk mencari isi penting tentang ‘Cara
Menjaga Kebersihan Diri’ mengikut kumpulan
masing-masing. Murid menggaris dan
mencatatkan isi-isi penting.

2. Guru memberikan teks bertajuk ‘Cara Menjaga
Kebersihan Diri’ kepada setiap murid dalam
kumpulan.

3. Murid membaca petikan secara
mentalis atau membaca secara senyap.


BBB : petikan ‘Cara
Menjaga Kebersihan
Diri’

BCB:
Membaca secara
luncuran,
perbincangan

KP : Intrapersonal.

KB: menganalisis,
Meringkaskan

Ilmu:
PJK



PENUTUP

Langkah 3 ( 5 minit )




Kognitif:
1.Guru membuat rumusan tentang apa yang
murid telah pelajari.

Sosial:
1.Guru mengucapkan tahniah kepada murid
kerana telah berjaya mengikuti pelajaran hari ini.

2.Murid-murid akan menyanyikan lagu
‘Kebersihan Diri’



REFLEKSI 
--> Semasa P&P : Semua murid seronok dengan tajuk yang saya ajar pada hari ini. Apabila ditanyakan soalan oleh guru, mereka dapat menjawab dengan mudah kerana tajuk berkaitan dengan amalan seharian mereka. Sepanjang 30 minit saya mengajar mereka aktiviti terlaksana dengan jayanya.

--> Kelemahan & Tindakan : Sepanjang proses p&p saya, cuma satu sahaja masalahnya iaitu keadaan kelas agak bising kerana masing-masing berebut ingin menjawab soalan daripada saya, yang saya telah janjikan markah bonus jika berjaya menjawab dengan betul. Namun masalah tersebut saya dapat atasi dengan mudah, iaitu menjanjikan juga akan ada penolakkan markah jika mereka berebut menjawab dan jawapan mereka salah. Akhirnya keadaan kelas terkawal. ^_^

Friday, 25 November 2011

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU ~ TAHUN 2


Mata Pelajaran               : Bahasa Melayu
Tahun                              : 2 Bestari
Bil. Murid                        : 9 orang
Tajuk                               : Haiwan
Tarikh                              : 03 Oktober 2011
Masa                                : 60 minit



Isi


Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan

Bercerita mengenai
binatang :
· Apakah bunyi
yang kamu
dengar?
· Bagaimanakah
cara hidup
binatang
tersebut?

Set Induksi (5min)
1. Murid diperdengarkan
bunyi-bunyi binatang.

2. Murid bercerita dan
melakonkan bunyi
berdasarkan bunyi
binatang yang didengari.

3. Guru menjelaskan tujuan
aktiviti dalam langkah
berikutnya dan tajuk
pelajaran.


KB : Menghubungkait,
mencirikan
BCB : mendengar aktif
BBB : audio bunyi
binatang

Membaca teks yang
disediakan



Langkah 1 (15min)
1. Guru meminta murid
mengelik pautan yang
telah disediakan.

2. Murid diminta membaca
kuat teks dan
merakamkan pembacaan
mereka dengan
menggunakan movie
maker.

3. Guru merumuskan
pencapaian setiap murid.


KB : Mencirikan
BCB : mendengar aktif,
memproses maklumat
KP : verbal-linguistik,
spatial, interpersonal,
emosi
Nilai : keberanian,
kerjasama, kasih sayang
BBB : komputer,
sambungan internet

Murid menyatakan ciriciri
binatang
berdasarkan petikan.


Langkah 2 (20min)


1. Murid diarahkan duduk di
dalam kumpulan.

2. Guru meminta murid
mengelik pautan yang
telah disediakan.

3. Murid diminta meneliti
petikan mengikut

kumpulan masingmasing.
4. Murid diminta

mendapatkan lima ciri-ciri
binatang yang terdapat
dalam petikan.

5. Murid diminta
melaporkan hasil
perbincangan mereka
dengan menggunakan
Power Point.

6. Guru dan murid membuat
rumusan tentang ciri-ciri
binatang.


KB : meramal, membuat
inferens
BCB : mendengar aktif,
melaporkan maklumat
KP : verbal-linguistik,
kinestetik, visual, spatial,
naturalistik, interpersonal,
emosi
Nilai : kebebasan,
kerjasama, kesyukuran,
kasih sayang
BBB : komputer,
sambungan internet

Murid mengakses
maklumat tambahan
mengenai binatang :


- Ciri-ciri binatang
- Cara hidup
binatang
- Makanan
Binatang


Langkah 3 (15min)


1. Murid diminta memilih
salah satu daripada
empat jenis gambar yang
ditunjukkan.

2. Guru meminta murid
mengakses maklumat
tambahan mengenai
binatang yang telah
dipilih dengan
menggunakan enjin
carian Yahoo atau
Google.

3. Murid diminta membina
dan mengenal pasti ayat
tunggal yang terdapat di
dalam maklumat
tersebut.

4. Murid membentangkan
hasil perbincangan
mereka di hadapan kelas
dengan menggunakan
Power Point dengan bimbingan guru.

5. Guru merumuskan
pencapaian setiap
kumpulan.


KB : menjana idea,
menerangkan sebab
BCB : mengumpul dan
memproses maklumat
KP : intrapersonal,
interpersonal, verballinguistik
Nilai : kasih sayang,
menghormati, bersyukur
BBB : komputer,
sambungan internet







Penutup kognitif
· Membuat
rumusan isi
pelajaran

Penutup sosial
· Memberi pujian
dan motivasi

Penutup (5min)



1. Guru menyoal murid
tentang perkara yang
dipelajari.


2. Guru memberi dorongan
kepada murid supaya
berusaha membaiki
pembacaan dan selalu
mencari maklumat
tambahan di internet.





REFLEKSI

--> SEMASA P&P ~ Proses PnP terlaksana dengan lancar mengikut seperti yang dirancangkan. Semua murid telah pernah didedahkan dengan tajuk ini ketika mereka berada di tahun 1 dahulu. Aktiviti berkumpulan telah dilaksanakan dalam 3 kumpulan dan ia amat  mereka, malahan seorang pelajar saya yang LINUS turut serta mengikut aktiviti ini dan objektif saya tercapai 100 %. Persembahan power point yang dihasilkan oleh murid-murid saya juga nampak cantik walaupun serba ringkas. Di dalam kelas saya hanya ada 9 orang sahaja pelajarnya dan 5 org daripada mereka memang pandai menggunakan komputer dan telah ada pengetahuan asas tentang power point.
--> KELEMAHAN & TINDAKAN ~ Kelemahan yang saya hadapi cuma satu, iaitu masalah kepada murid-murid yang belum pernanh mengendalikan komputer.  Tindakan yang mampu saya ambil adalah mengagihkan mereka ke dalam kumpulan di mana setiap ahlinya sudah pandai mengendalikan komputer serta akses power point walaupun sekadar pengetahuan asas.

 

Saturday, 19 November 2011

Aktiviti PJK - Bowling anak kampung!


REFLEKSI ==> Beginilah semangat kesukanan yang telah ditunjukkan oleh murid-murid  saya dari kelas tahun 3. Kalau ikutkan saya pada hari itu mengajar aktiviti lain, tetapi atas permintaan mereka yang teringin sangat bermain bowling, maka saya dengan sedikit idea yang kreatif mencadangkan bermain bowling dengan cara seperti dalam video di atas. Memang agak kelakar dan nampak banyak kekurangannya,namun kami semua gembira dan proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana dengan lancar. Tiada sebarang masalah saya hadapi untuk mengajar dan menguasai kelas ini kerana bilangan mereka yang hanya 5 orang. Diharap rakan-rakan blog sudi memberi komen atau pendapat, bagaimana cara terbaik lagi yang boleh saya lakukan untuk anak-anak didik saya merasai suasana bermain bowling dengan lebih menyeronokkan daripada sekarang.

Friday, 18 November 2011

Apa Yang Penting...KERJASAMA !!

Aktiviti gotong royong murid & guru ( Persiapan untuk majlis penyampaian sijil,hadiah & konvokesyen pra-sekolah.











Refleksi Aktiviti : Semua murid bekerjsama, dari tahun 1-tahun 6...penat,lelah tidak pernah difikirkan. Begitulah kerjasama yang ditunjukkan oleh anak didikku, pelajar SK SUBA BUAN..di kesempatan ini, saya ingin kongsikan bersama rakan2 blog, bahawa keputusan UPSR sekolah saya 100% lulus penuh!

Tuesday, 15 November 2011

Refleksi Pengajaran - Gerakan dan Nyanyian

Assalammualaikum rakan-rakan seperjuangan..

Di sini, saya berminat untuk kongsi sedikit pengalaman semasa membuat latihan bersama murid-murid di sekolah hari ini. Bagi latihan nyanyian dan gerakan murid tahun 2. Hari ini aktiviti mereka 9 orang itu hanya membuat gerakan sambil menyanyi sahaja. Jika kalian sudah melihat video yang saya uplod di sini, memang masih kucar-kacir, malahan gerakan mereka juga masih tidak sama.  Jika ada di kalangan rakan blog saya di sini telah menonton klip persembahan anak didik saya untuk lagu "Tarian Inang", tolong lah bagi komen, dan jika ada idea, bagilah cadangan kepada saya untuk memperbaiki kelemahan yang ada.Namun setelah di atur dan dibimbing lagi hari ini, alhamdulillah, ada juga perubahannya, namun saya mohon maaf kerana belum uplod gerakan terkini mereka. Tunggu....... ^_^

Gambar contoh

( Refleksi pengajaran gerakan & nyanyian )
--> di sini adalah contoh ketika latihan solfa yang dilakukan oleh murid-murid saya.Tujuan latihan ini adalah untuk aktiviti memanaskan suara bagi mengelakkan suara mereka ' terkehel' ketika menyanyi.

--> Untuk lagu "Tarian Inang", murid-murid saya cuma bermasalah ketika hendak bermain alat muzik sambil menyanyi sahaja kerana ini adalah pendedahan pertama buat mereka iaitu menyanyi, bermain alat muzik sambil melakukan sedikit gerakan.

Monday, 14 November 2011

Sesi Latihan Anak Didik Ku ( Permainan Alatan Muzik & Gerakan )



 
   Lagu Tarian Inang/ Tahun 2 

 Refleksi : Ketika latihan nyanyian ini dijalankan, saya menghadapi sedikit masalah di mana murid-murid sukar melakukan aktiviti nyanyian dan gerakan dalam masa yang sama. Tindakan susulan yang saya lakukan hanyalah melakukan sesi latihan berulang kali bersama murid, dan saya menjanjikan hadiah  kepada murid yang paling aktif dan cepat faham.



  
Gerakan & Permainan Alat perkusi - Tahun 3

Refleksi : Untuk sesi latihan gerakan & permainan, murid-murid kelas  ini mudah faham dan mereka cepat menguasai apa yang saya ajar, malahan mereka berani mencuba apa sahaja gerakan sendiri. Masalah yang saya hadapi cuma murid saya yang 5 orang ini hiper-aktif sikit. . :-) 
 




Permainan Melodian - Tahun 5

Refleksi : Bagi latihan bermain melodian, murid-murid tahun 5 cepat menguasai not-not untuk lagu ini, iaitu "ibu pertiwiku" dan "negaraku" dan mereka dapat menghafal dengan mudah. Cuma masalah yang saya hadapi adalah penjarian untuk melodian.Mereka lebih suka bermain mengikut gerak tari jari ikut hati sendiri tanpa memandang nota yang telah saya bagi Tindakan yang saya ambil adalah mengadakan latihan berulang kali.

Saturday, 12 November 2011

Kaedah KODALY Dalam PEMBELAJARAN MUZIK

Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan
muzik yang menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaan
pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly menyarankan
penggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan menggunakan bahasa
ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidak
menggunakan sistem gred seperti yang sering digunakan
dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain.


Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak
dalam literasi muzik. Ini dilakukan dengan penggunaan
beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu
sendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa,
latihan bacaan semerta, latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta
muzik. Kemahiran literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan
pengalaman ingatan visual.



Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu (1)
Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa mereka
bercakap (dalam kemahiran berbahasa). (2) Peringkat MENULIS : Setiap kali satu
perkataan difahami, perkataan dan pic boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau
perlambangan. (3) Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca. Ketiga-tiga peringkat ini juga turut digunakan dalam kaedah Kodaly.

Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik.
Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki
(step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama
daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama.



REFLEKSI 

Bagi kaedah Kodaly ini, ia adalah salah satu aktiviti muzik yang menjadi kegemaran murid-murid saya . Bagi mereka latihan nyanyian solfa dengan isyarat tangan adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan kerana lain daripada subjek lain yang mereka pelajari.  Ketika mula-mula saya mengajar murid-murid mengenal bahasa muzik ini, mereka telah menunjukkan sikap yang positif. Malahan sebelum ini mereka belajar muzik hanyalah menyanyi, menari dan bermain alatan muzik. Tidak pernah sekali pun didedahkan dengan kaedah Kodaly ini.  Oleh sebab itu, saya merasakan telah mencipta sejarah. Kesimpulannya, bagi mengekalkan penguasaaan murid-murid tentang pembelajaran ini, setiap sebelum memulakan p&p, saya akan menjadikan aktiviti nyanyian solfa dengan isyarat tangan ini sebagai SET INDUKSI .

Thursday, 10 November 2011

Nyanyian syahdu,LAGU dan IRAMA..kasihnya IBU membawa ke SYURGA!

 -Susu Terakhir buat si kecil-


Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Wednesday, 9 November 2011

Sekadar cerita ...Tiada IRAMA dan LAGU...

Kisah 4 orang isteri - JAGALAH YANG PERTAMA

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? ” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Thursday, 3 November 2011

Shahdunya Lagu ULEK MAYANG.....


Ulek Mayang tiada lagi unsur khurafat

Lagu Ulek Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi identiti Terengganu kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun lalu.  
 
 Ini adalah persembahan kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.  Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang.  Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat.  Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain.  Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah.  Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.

Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera.  Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit.
Koreografer Badan Kesenian Muzium Terengganu, Mohd Nazri Ismail, menjelaskan olahan termasuk gerak tari dan susunan muzik dilakukan bagi memberi nafas baru selaras dengan perkembangan zaman dan penerimaan masyarakat ketika ini.
Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk.  Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk. 
Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mantera.  Ulek Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami perubahan termasuk menghapuskan unsur khurafat.
Kini, persembahan Ulek Mayang yang dimainkan sekadar untuk suka-suka saja, di mana ia melambangkan suatu pemujaan mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh beradik.  Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang.  Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.
Doa dan 'bangkitan' dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.

Wednesday, 2 November 2011

Pengenalan Alat-Alat Muzik Gamelan

Ensemble Gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat utama:

. 
BONANG
1.Bonang

Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama. Mengandungi 2 oktafyang berlaras "anhemitomik pentatonik" dan disongsangkan.Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung". Dalam bahasa jawa bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai "Wedok" manakala yang beroktaf tinggi dikenali sebagai "Lanang".Ianya menggunakan sistem notasi angka yang dikenali sebagai "French Cheve System" sempena nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Peranchis




GAMBANG
2.Gambang
Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.



3.Saron Pekin
Dikenali juga sebagi saron penerus. Seabagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam permainan ini teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.

4.Saron Barong
Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron penerus. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat pemukul diperbuat dari jenis kayu yang lembut.


5.Kenong.
Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan Melayu di Malaysia.

6.Gendang
Berperanan sebagai peyokong irama. Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan kedua belah tangan dan mampu menghasilkan suaramnemonik asas seperti "doh" pada permukaan besar dan mnemonik "tak'pada permukaan kecil.


7.Gong
Dalam Ens Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong Agung dan gong Suwukan.

CONTOH IRAMA GAMELAN MELAYU :-) 

 



Sunday, 23 October 2011

Asas Muzik

Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.


    * ( Gambar Hiasan )

Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk nilai sosialisasi.Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni. 

* ( Gambar Hiasan-Persembahan muzik masyarakat di Malaysia )

Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid.

Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni.